Header Ads

ads header

Flash News

Klip video lucah bukan konspirasi dalaman parti kata Anwar


PKR perlu mengkaji lebih lagi isu klip video didakwa melibatkan Azmin Ali, dan ia bukanlah konspirasi dalaman parti kata presidennya, Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media di Petaling Jaya hari ini Anwar berkata tiada keputusan diambil dalam mesyuarat mingguan Biro Politik PKR hari ini.

"Tidak ada pertelagahan (dalam parti) kerana sejak dari awal parti ini dan saya - juga rakan-rakan dalam PH - percaya kita memang menolak politik keji yang disebut gutter politics ini terhadap sesiapa saja," katanya.

Menurut Anwar pihaknya akan bersidang lagi dalam tempoh terdekat kerana mendapati ia belum ada kesudahan.

Justeru katanya PKR perlu meneliti lagi isu berkenaan dan pada masa sama mendapat pandangan daripada peguam.

"Kita akan bincang semula dalam beberapa hari lagi," katanya.

Menurut Anwar lagi PKR juga mahu memastikan perbincangan dengan pimpinan diadakan secara berterusan dan lebih penting, menyerahkan kepada polis serta SPRM untuk meneruskan siasatan.

Mengenai perbincangan dalam mesyuarat tersebut, Anwar berkata mereka berbincang agak panjang mengenai cara kenyataan harus dibuat dan bagaimana ia perlu ditangani dengan melihat kepada fakta dan aspek undang-undang.

Anggota parlimen Port Dickson itu menambah PKR tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan pihak berkuasa.

Mengenai status Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, yang membuat dakwaan tersebut, Anwar berkata, terserah kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin untuk mengambil tindakan.

Untuk rekod, Haziq ialah setiausaha sulit kanan kepada Shamsul dan menjadi ketua Pemuda PKR Santubong.

"Saya fikir PKR akan menyerahkan hal ini kepada timbalan menteri terbabit (Shamsul Iskandar) untuk menyelesaikannya dan membuat pengumuman mengenainya pada masa yang sesuai," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Siapa mahu mengaku berak tengah jalan?

    Pihak yang menfitnah mantri tersebut adalah musuh politik yang mendapat faedah dari fitnah tersebut. Kemungkinan besar musuh tersebut ialah musang berbulu ayam sendiri yang suka tikam belakang.

    BalasPadam
  2. Mestilah kena nafikan. Kalau tak nafi nanti akan dikatakan kem dia yg buat fitnah tu. Kita tgok la siapa yg kena tangkap atau pun siasat but will be no action.

    BalasPadam
  3. Kenapa Dak Haziq tu terlampau berani.....mesti ada backup baik dari org yang ada kuasa...lu pk la sendiri Nabil...

    BalasPadam