Header Ads

ads header

Flash News

Berang dengan rombakan exco Johor, Dr M terfikir mahu bersara


Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dilaporkan berang dengan rombakan majlis eksekutif exco kerajaan negeri Johor dan dikatakan terfikir mahu meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber itu berkata pengerusi Bersatu mendedahkan perkara berkenaan semasa mesyuarat kecemasan majlis tertinggi parti pada malam Isnin lalu.

"Beliau begitu kecewa dan terkejut kerana menteri besar baru (Dr Sahruddin Jamal) tidak mematuhi nasihatnya untuk mengekalkan barisan exco," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menurut sumber, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga ketua Pemuda Bersatu, berjaya meyakinkan Mahathir supaya tidak melepaskan jawatannya.



Malaysiakini gagal menghubungi Syed Saddiq untuk mendapatkan ulasannya tetapi sumber yang rapat dengannya mengesahkan perkara itu.

Menurut sumber, Mahathir pada mesyuarat itu memberitahu bahawa beliau begitu kecewa pada pagi itu - apabila tiga ahli exco baru mengangkat sumpah jawatan - dan bercadang mahu melepaskan jawatannya.

Anggota majlis tertinggi yang lain kemudian meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keingkaran menteri besar itu.

"Bagaimanapun, semasa mesyuarat baru bermula, Mahathir kembali tenang,” kata sumber itu, sekali gus menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial kononnya perdana menteri mengancam untuk meletak jawatan pada mesyuarat itu.

Pada 13 April lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan bertitah bahawa menteri besar baru yang menggantikan Osman Sapian, yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui negeri itu perlu juga merombak barisan exco.



Mahathir, yang sering tidak sehaluan dengan istana Johor dalam pelbagai isu, berkata Sultan tidak mempunyai pengaruh dalam perkara berkenaan.

Sebelum itu, Perdana Menteri berkata jika Raja-raja dianggap memiliki kuasa untuk memilih perdana menteri dan menteri besar, Malaysia tidak boleh lagi dikira sebagai negara demokrasi.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata menteri besar baru mungkin tunduk terhadap desakan sultan selepas berunding dengan presiden Bersatu dan pemimpin Bersatu Johor, Muhyiddin Yassin.

"Muhyiddin memberitahu mesyuarat bahawa semasa kejaddian itu, beliau berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan dan tidak menyedari keputusan parti itu.

"Jadi bila Dr Sahrudin tanya Tan Sri (Muhyiddin), Tan Sri pun cakaplah, 'sebagai MB, kamu patut bekerja dengan orang yang kamu selesa', itu je," kata sumber itu.



Sumber itu mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah kes salah faham.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Muhyiddin telah memohon maaf kepada Mahathir dan menjelaskan peristiwa yang membawa kepada rombakan exco semasa mesyuarat itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. bersara pon elok . Penyakit atok bila orang tak suka cara beliau . macam najib tak dgr cakap beliau .tahap paling tinggi tak boleh angkat apabila menangis ayer mata buaya .

    BalasPadam
  2. Hang letak jawatan saja la mahathir oi. Sungguhpun pun aku org kedah,,tp aku cukup malu apabila si perompak tua mcm hang ni dilantik semula jadi pm. Apa ka punya bodoh geng2 ph. Hanya kerana nak tawan putrajaya, hangpa sanggup gadai maruaj perjuangan , sanggup bersekongkol dgn perompak , mahathir ni perompak sebenar harta negara. Dia, 4 orang anak dia, kroni2 dia seperti vincent tan, yong teck li, robert kouk, ananda krishnan, daim, eric chia dll,,semua billuonaire. Mereka rompak harta negara gila2 punya. Adapun dsnajib bossku,,ph hanya memfitnah. Fitnah ph tidak berjaya ditepis umno bn kerana kebodohan hj hadi dan pimpinan pas ( sebelum pru 14 dan sebelumnya ) turut berkongsi memfitnah dsnajib. Ya betul, dsnajib ada juga silap beliau ,,antaranya datin seri rosmah tidak bertudung kepala,,tetapi ini bukan bukti dsnajib merompak harta negara. Banyak pimpinan pas turut mempertikaikan apa saja umno lakukan. Akhirnya, apabila pas sedar mereka dah salah dsn terbodoh dgn pkrpandap,,baru nak menyesal. Tetapi,,kononnya istiqomah,,tetap lawan umno pd pru14. Sedangkan org bodoh politik peringkat bawah pun dah sedar bahawa dap nak rampas negara dgn mempedbodohkan dan melagakan2 org melayu pas dan umno,,patutnya pada pru14,,pas dan umno wajib bersatu demi islam. Tetapi pas tetap lawan umno yg sebangsa dan seagama. Kat mana pimpinan pas rujuk ? Ada quran atau hadis ajar bertindak macmtu ka ? Memang bodoh lah keputusan pas lawan umno pd pru 14 haritu. Hasilnya siperompak tua diberi kuasa sekali lagi untuk merompak harta negara...ha...la ni baru nak bekerjasama dgn umno. Apa umno la ni fah berubah ka? Umno yg dulu la jugak,,kenapa adakan kerjasama? Habis,,sblm pru 14, kenapa tidak bekerjasama demi islam ? Ini bukti bahaea pas pun sebenrnya bukan betul ssngat pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan.Terlalu beremosi sgt tu. Cuba toleh2 bklg skit. Kalau UMNO tal kalah ada ke dia nak dgn Pas. Ada ke nk berckp pasal hukum hakam Islam. Pergi kuliah ceramah agama. Sesungguhnya kekalahan ini satu nikmat yg sgt besar maknanya. Dgn kekalahan inilah Allah akan anugerahkan kemenangan yg nyata dgn penyatuan umat Islam. Wallahuaklam.

      Padam