Header Ads

ads header

Flash News

Laksana semula PPSMI ulangi kesilapan lalu


KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah mengulangi kesilapan dan kegagalan PPSMI dalam sejarah pendidikan negara.

Menurut Timbalan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, ini menggambarkan sikap Tun Mahathir semacam tidak serik dan tidak belajar apa-apa daripada sejarah penentangan PPSMI yang telah membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Malah katanya, PPSMI telah membunuh keupayaan Bahasa Melayu dan ratusan ribu pelajar khususnya Bumiputera yang menjadi mangsa.

Sehubungan itu katanya, PLM menyambut baik usaha Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang merancang mengadakan perhimpunan aman untuk membantah usaha perlaksanaan semula PPSMI yang sedang dalam perancangan oleh kerajaan.

"PLM menyokong usaha Sekretariat UMMAH (NGO Gerakan Pembela Ummah), Mohd. Zai Mustaffa yang berhasrat mengadakan perhimpunan aman bagi membantah Dual Language Programme (DLP).

"DLP yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara paksa dan penuh tipu muslihat, pada mulanya secara "sembunyi-sembunyi" bagi menggantikan PPSMI yang sudah dimansuhkan oleh KPM sendiri.

"Malang sungguh, kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang baharu dan KPM tidak berusaha memberi nasihat yang betul untuk membatalkan program DLP umpama musang berbulu ayam yang telah dijenamakan semula sebagai PPSMI," katanya kepada Harakahdaily.

Harakahdaily semalam melaporkan UMMAH akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan semula PPSMI.

Himpunan tersebut dijangkakan diadakan pada awal bulan Mei ini sebelum umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Mohd Zai ketika dihubungi Harakahdaily memaklumkan tarikh himpunan bakal diumumkan dalam masa terdekat ini menerusi sidang media UMMAH. – HARAKAHDAILY 24/4/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan