Header II

Header ADS

Yakin bukan Islam tak dipinggir, MIC sokong UMNO-PAS


Tatkala ‘diserang’ pelbagai pihak yang gusar dan gentar dengan kerjasama politik antara UMNO-PAS, MIC lantang menyatakan pendirian untuk menyokong penuh jalinan perpaduan itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan (BN-Tapah) berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) pernah bermusuh dengan PAS satu ketika dahulu, namun PAS dilihat mampu mentadbir negeri dengan baik selain menjaga hak bukan Melayu.

Justeru, katanya, kerjasama itu dilihat lebih banyak membawa kebaikan ke arah penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kami menerima ‘perkahwinan’ di antara UMNO-PAS, ia demi penyatuan ummah, MIC memang tiada halangan, kami menyokong penuh.

“Masyarakat bukan Islam lebih terjamin di Kelantan dan Terengganu yang diperintah PAS, selama ini tiada rumah ibadat bukan Islam dirobohkan di Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

M Saravanan turut menolak hujah RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang menyatakan bahawa PAS pernah mendakwa bahawa pemimpin bukan Islam tidak boleh diangkat menjadi menteri oleh parti itu, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyifatkan bahawa pemerintahan PAS dan UMNO akan menjadikan Malaysia negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban, jika kerjasama PAS dan UMNO berjaya membentuk kerajaan.

Malah, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen juga dilaporkan senada dengan Kor Ming, selain menyifatkan kerjasama PAS dan UMNO bukan saja mengancam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya seluruh negara.

Terdahulu, UMNO-PAS mengumumkan kerjasama rasmi demi penyatuan ummah, walaupun bukan sebagai blok pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah yang diwujudkan akan menjamin kestabilan negara, tanpa meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.


MR :  Yang tak yakin yang duduk dalam PAS dah lama kini tubuh AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Resah,gelisah dan tidak tenteram terzahir menerusi komen-komen negatif geng PH. MIC dan MCA mula buka ruang untuk mendengar daripada PAS. Ruang terbuka untuk saling memahami setelah sekian lama dimomok dengan hal permusuhan. Semakin banyak pertemuan dan dialog,semakin mengenali dan memehami serta menerima.Moga laluan untuk kenali Islam melalui PAS lebih terbuka

    BalasPadam
  2. Apa nak dikatakan lagi... terpaksa jika mahu terus wujud... lagi pun ia langkah bijak untuk persediaan sebagai pendesak dlm kerjasama BN-PAS nanti.

    MCA MIC perlu menang bertanding menentang semua kawasan yang dimenangi oleh DAP.

    Tiada laluan mudah bertanding dikawasan campuran yang dimenangkan oleh Melayu Umno.




    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.