Header Ads

ads header

Flash News

Nurul Izzah Mahu Reformasi, Azmin Sindir ‘Cry Babies’


KUALA LUMPUR – Kekecewaan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat diselindung lagi.

Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah.

“Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami,” katanya dalam wawancara itu.

Nurul Izzah sebelum ini membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

Ronald yang dilantik sebagai Pengerusi PAC ketika masih bersama UMNO mengumumkan masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada hujung tahun lalu.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya selepas penggalnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tamat.

Beliau turut mengulas tentang cita-cita politiknya yang dilihat tidak cukup besar, sedangkan ada pihak melihat beliau mempunyai kemampuan untuk sampai ke tahap menjadi Perdana Menteri.

“Malaysia perlukan seorang Perdana Menteri yang baik, jadi agak keterlaluan untuk mengatakan ia adalah saya,” katanya.

Wawancara Nurul Izzah dan hasratnya untuk berhenti dari politik turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menulis dalam laman Twitter, tanpa menyebut mana-mana nama, Timbalan Presiden PKR itu dilihat menyindir seseorang yang digelarnya sebagai ‘budak kecil yang merengek’ (cry babies).

Kata beliau, negera memerlukan seseorang yang sanggup berbuat sesuatu untuk merentasi segala halangan.

“Apa pun halangannya, kita perlu pastikan ia berjaya. Jika tak tahan panas, tolong keluar dari dapur,” tulisnya dalam akaun Twitter miliknya semalam. – UTUSAN ONLINE

MR :  Azmin sakiti anak atau sakiti bapa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: