Header Ads

ads header

Flash News

Bila Mahu Bentang RUU Anti Lompat Parti?


KUALA LUMPUR – Bilakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membentangkan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika membahaskan usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Mengapa kerajaan belum bercadang untuk membentangkan RUU anti lompat parti agar perbuatan itu boleh dihentikan?” soal beliau.

Soalan itu ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan sebarang hal berkaitan RUU.

Beberapa pemimpin PH sebelum ini turut membangkitkan kepentingan undang-undang tersebut kerana menyifatkan tindakan melompat parti sebagai ‘mengkhianati’ kepercayaan rakyat.

Sejak menang Pilihan Raya Umum Ke-14, tindakan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti dilihat memberi manfaat kepada PH terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahmad Maslan ketika perbahasan itu juga melontarkan hampir 20 persoalan kepada pelbagai kementerian yang perlu dijawab.

Antara soalan beliau ialah mengapa kerajaan menandatangani Statut Rom, mengapa hutang kerajaan meningkat serta kejatuhan harga saham dan bagaimana mahu mengekang kenaikan harga barangan.

Kesemua persoalan itu akan dijawab oleh setiap kementerian bermula esok dalam sesi penggulungan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE

MR :  Tak menguntungkan nak buat apa... PH kan kaki kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan