Header Ads

ads header

Flash News

Keluar sebahagian UMNO Sabah, tanda baik untuk PAS, ramai tak sedar


Perkembangan terkini politik di Sabah yang dilihat hampir kesemua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Bahagian Umno meninggalkan parti adalah suatu tanda lemahnya kepimpinan UMNO terutamanya di negeri-negeri yang bukan Melayu majoriti.

Ternyata ramai pimpinan Umno, tatkala kehilangan kuasa, menjadi sangat rapuh dan hilang pedoman perjuangan kerana mereka menyertai parti atas dasar kebendaan dan perjuangan mereka adalah perjuangan mengisi isi perut.

Pimpinan utama Umno Sabah menyatakan bahawa tindakan mereka adalah didorong kehilangan keyakinan kepada kepimpinan parti dalam mengemudi Umno, setelah tewas dalam pilihanraya lepas. Tapi hakikat mereka adalah pimpinan yang bertaut kepada kuasa dan kebendaan. Boleh menjadi 'hamba' mana-mana parti yang boleh mengisi perut.

Mahathir senyum lebar kerana berjaya dalam misinya mengambil alih sebahagian besar UMNO Sabah untuk kuatkan BERSATU bagi menghadapi PKR dan DAP dalam perang dingin dalaman PH. Masa Mahathir sangat pendek. Apa pun persedian untuk menghadapi Anwar terutamanya sikap Anwar yang 'pendendam' sudah pasti Mahathir tidak pendang ringan.

Munculnya semula dalam politik adalah demi servival anak buahnya... takkan nak biarkan anak buah dilanyak oleh Anwar apabila Anwar dapat kuasa.

Saya kebetulan berada dalam group-group whatsapp parti AMANAH melihat bagaimana seronoknya pimpinan AMANAH dalam posting mereka tentang hancurnya UMNO Sabah. Mereka berpesta menyebarkan senarai pimpinan UMNO Sabah keluar parti.

Senerai pemimpin2 UMNO yg turutsama keluar UMNO.

A. Ahli2 Parlimen

1. YB Datuk Azizah Mohd Dun
2. YB Datuk Seri Ronald Kiandee
3. YB Datuk Rahim Bakri
4. YB Datuk Zakaria Idris
5. YB Hafez Yamani Musa
6. YB Arthur J Kurup (keluar BN)

B. Ahli Dewan Undangan Negeri

1. YB DSP Hajiji Mohd Noor
2. YB DSP Masidi Manjun
3. YB Datuk Japlin Akim
4. YB Datuk Musbah Jameh
5. YB Datuk Gullam Haidar Khan
6. YB Datuk Arifin Arif
7. YB Datuk Isnin Aliasnih
8. YB Matbali Hj Musah
9. YB Datuk Nizam Titingan

C. Senator

1. YB Datuk Ghani Yassin
2. YB Datuk John Ambrose

D. Ketua2 Bahagian UMNO yg meletakkan keahlian UMNO

1. Datuk Gurahman Hj Lolong
2. Datuk Wetrom Bahanda
3. DSP Salleh Said Keruak
4. DSP Hajiji Mohd Noor
5. Datuk Faisyal Deigo
6. Datuk John Ambrose
7. DSP Rahim Ismail
8. Datuk Arifin Arif (memangku)
9. Datuk Isnin Aliasnih
10. Datuk Sapawi Ahmad
11. Datuk Ghani Yassin
12. Datuk Sairin Karno
13. Samad Jambri
14. Datuk Awang Kadin
15. Firdaus Akbar Khan
16. Abdul Hakim Sidek
17. Datuk Ramlee Marhaban
18. Datuk Nizam Titingan
19. Datuk Juslie Ajirul
20. Datuk Arsit Sedi
21. DSP Masidi Manjun

Yang Belum Buat Keputusan

1. Datuk Yakub Khan
2. Datuk Raime Unggi
3. Karim Wahid (diluar negeri)

Yang tak menyertai

1. DS Bung Moktar (kekal Umno)

Mereka lagi seronok apabila sebahagian besar yang keluar menyertai PH. Hakikatnya mereka dapat sampah UMNO yang ber"tuhan"kan politik isi perut.

Tergelak melihat ahli group yang cara berfikir mereka hanya selapis. Cara berhujah yang 'ta'asub' bodoh sekadar 'copy dan paste' petikan dan artikel sahaja. Apa yang tertulis itu hujah-hujah ahli AMANAH.

Mereka tak sedar tentang kehadiran ratusan ribu dalam himpunan ICERD yang telah diuji oleh Mahathir dengan membenarkan kehadiran bagi melihat bagaimana mobilasi kebangkitan ini. Untuk melihat 'mood' rakyat terutama umat Melayu Islam. Saya pun hairan bekas ketua pengarang Harakah yang dulunya perjuang kebangkitan rakyat dan 'kaki demo' menulis kononnya kebenaran kerajaan PH adalah suatu yang sangat hebat kononnya kerajaan PH terbuka. Mudahnya kaki demo kena tipu oleh Mahathir. Cara berfikir bekas ketua pengarang tersebut sudah 'tumpul'. Tiada lagi nilai roh dalam tulisan kemudian ini. Saya rasa bukan kerana sakitnya tapi kerana 'aqidah perjuangan sudah luntur dan kabur bersama sakitnya'.

Kebangkitan Melayu Islam perlu diterajui. Sekarang ini ada dua parti Melayu Islam yang besar iaitu UMNO dan PAS. UMNO dan PAS ini bermusuhan lebih daripada 60 tahun.

Memang sukar untuk UMNO atau PAS nak menerima satu sama lain. Macam soalan Johan Jaafar kepada Abdul Hadi dalam wawancara Sinar Harian, bagaimana PAS yang menyerang UMNO boleh menerima UMNO. Sepatutnya Abdul Hadi jawab, bagaimana Mahathir yang sentiasa serang DAP boleh menerima DAP sebagai rakan pembangkan pada masa itu?

Siapa nak jadi ketua dalam kebangkitan ini?

UMNO terpalit dengan rasuah, pimpinannya ramai yang korup dan banyak skandal. UMNO sedang membaiki imej. Mahathir tahu perkara ini pasal itu dia dan 'mahkamah Malaysia' sedang berusaha untuk merobek pimpinan UMNO supaya UMNO tak mampu baiki imej.

Mahathir seronok. Mahathir jahanamkan UMNO Sabah. PH Seronok.

Tapi mereka tak sedar apa yang mereka buat itu sebenarnya menguatkan PAS. Makin robek UMNO makin kuat PAS. Makin PAS diterima sebagai peneraju kebangkitan rakyat. UMNO akan menjadi pengiring untuk memastikan PH tumbang sebelum PRU-15.







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan