Header Ads

ads header

Flash News

Anwar: PKR tolak kemasukan pemimpin pembangkang


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR.

Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip perjuangan parti serta memastikan agenda reformasi dapat dicapai.

"PKR telah didekati dan saya bertemu dengan mereka. Saya fikir dalam politik, walaupun orang menyatakan rasa tidak senang pada pertemuan yang mana saya tak faham, bagi saya melakukan pertemuan dan mempunyai hubungan mesra harus digalakkan.

"Tetapi saya jelaskan kepada mereka, anda boleh kekal dalam parti anda, atau menjadi bebas tetapi sukar pada masa ini untuk menerima mereka kerana mood orang ramai umumnya adalah untuk menyokong PH dan agenda pembaharuan kami," katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.



Terdahulu, Anwar melancarkan buku Naib Presiden PKR bertajuk 'Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan Dari Penjara Kajang' di universiti tertua Malaysia itu.

Anwar berkata mereka telah memberitahu rakyat bahawa parti itu komited untuk melakukan perubahan.

"Kami berjuang dalam pilihan raya bersama-sama menentang kerajaan yang korup dan oleh itu anda mesti membenarkan kami meneruskan ini tanpa sebarang halangan.

"Apa pun konsensus, kita harus menghargai fakta bahawa ini adalah perubahan yang dilakukan kerajaan. "Kita komited kepada agenda PH, isu integriti dan keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah yang berkesan mesti dilaksanakan," katanya, sambil menambah terserah kepada Bersatu untuk mempertimbangkan pandangan tersebut.


MR :  Apa tak tolaknya, kalau Mahathir dan Bersatu kuat (membetuk UMNO 2.0) jawabnya Anwar akan disembelih untuk kali kedua


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ini lah tanda tanda lupa diri bila sudah ada kuasa. Sifat sombong timbul rasanya diri nya tak boleh jatuh lagi. DS Anwar jangan ingat kamu bagus sangat kalau nak banding dengan TUN.

    BalasPadam