Header Ads

ads header

Flash News

Jangan 'double standard' kes Muhammad Adib


MELAKA - Pas Melaka mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja dalam isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu.

Pesuruhjayanya, Kamarudin Sidek menegaskan Allahyarham Muhammad Adib adalah seorang penjawat awam dan Pas berharap siasatan kes ini perlu disegerakan serta perkembangannya dimaklumkan secara kerap.

"Bagi saya ini adalah jenayah yang ditaja bukan secara kebetulan. Siasatan perlu menyeluruh tanpa dilepaskan walau pun seorang. Sama ada yang membunuh, dalang hatta menteri tertentu yang keluarkan kenyataan yang mendorong pelampau terbabit bertindak sedemikian rupa.

"Saya berpendapat kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja dalam isu ini. Juga perlu diisytiharkan penjenayah terbabit diresapi pemikiran teroris. Rakyat sedang melihat reaksi kerajaan dalam menangani isu kritikal ini," katanya.

Allahyarham Muhammad Adib yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam semalam.

Beliau berkata, Pas Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib di atas pemergian beliau.

"Seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama menerima berita yang begitu tragis dengan perasaan bercampur sedih, dendam dan simpati yang amat sangat.

"Sebahagian menteri yang sebelum ini pernah begitu agresif dalam isu kematian Teoh Beng Hock dan S. Kugan, jangan bersikap 'double standard' dalam isu kematian Allahyarham Muhammad Adib," katanya lagi.

MR :  Kurgen tahanan polis mati diminta siasat, takkan ini nak dilengahkan?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mungkin dengan pampasan kapada keluarga kerajaan ingat sudah mengcukupi dengan tidak mengambil tindakan kapada menteri menteri yang sedia maklum . Masih lagi tiada apa reaksi lagi dari kerajaan hingga ramai bersuara tidak berpuas hati. Kerajaan agak nya mengambil jalan tunggu dan lihat.

    BalasPadam