Header Ads

ads header

Flash News

Rombak Kabinet terlalu awal bukti menteri PH tak berwibawa kata Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Harapan melakukan rombakan Kabinet selepas 6 bulan memerintah negara kerana tindakan itu akan membuktikan menteri yang dilantik tidak berwibawa.

Bekas perdana menteri itu berkata, lazimnya rombakan Kabinet dilakukan selepas setahun atau 18 bulan sesebuah parti mentadbir negara.

“Adakah kepimpinan sekarang tidak percaya dengan Kabinet sendiri? Biasanya rombakan Kabinet berlaku dalam satu tempoh yang lama sedikit.

“Kalau berlaku dalam sehari dua ini, maka ia satu keputusan yang tidak ikut kelaziman dalam negara ini, boleh bawa kepada tafsiran bahawa menteri-menteri yang dilantik tidak berwibawa, tidak menjalankan tugas sebagaimana yang diharapkan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet, jika ada pencalonan baru daripada PKR selepas pemilihan parti yang berakhir hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada budi bicaranya sama ada mahu menerima individu yang dicalonkan kerana beliau berhak memilih anggota Kabinet yang selesa untuk kerja bersama.

Rosmah disiasat


Najib yang juga ahli Parlimen Pekan enggan mengulas siasatan terhadap isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Tak usahlah tanya soalan (berkaitan) kes di mahkamah.”



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sabenarnya Tun kepala sakit nak memilih ahli kabinet sebab bukan kemahuan beliau lalu buat tangkap muat sementara mengatur ranchangan beliau.Allah hu a'lam.

    BalasPadam