Header Ads

ads header

Flash News

Saya sedia terima, jika disingkir daripada Kabinet, kata Rina Harun


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun sedia menerima apa sahaja keputusan mengenai kedudukannya, jika berlaku rombakan Kabinet.

Katanya, ketika ini, beliau tetap memberi keutamaan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam portfolio yang diberikan kepadanya.

“Saya terima saja apa keputusan (sekiranya digugurkan). Selagi saya masih memegang jawatan ini, saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab,” katanya mengenai desas-desus rombakan Kabinet mengaitkan namanya yang akan digugurkan.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil 2018 Tabika KEMAS, bagi Parlimen Cheras di Kolej Antarabangsa YPC di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Rina berkata, beliau tidak mendengar kemungkinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan Kabinet dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata, KEMAS Wilayah Persekutuan akan memperluaskan modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) seluruh negeri itu, tahun depan.

Katanya, modul melalui pendekatan “belajar sambil bermain” di Wilayah Persekutuan itu akan memfokuskan pengkhususan robotik.

Media sebelum ini melaporkan TABIKA KEMAS Pintar STREAM Chabau, Jasin di Melaka menjadi perintis modul pendidikan itu, melalui projek bertemakan pendidikan model penerbangan dan akan diperluas ke negeri lain.


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan