Header Ads

ads header

Flash News

Ini semua nak beban masalah kepada rakyat


Projek kepentingan rakyat seperti perhubungan antara pantai barat dan timur, kemudahan asas seperti masalah air negeri-negeri, kemudahan kesihatan diambaikan dan bukan agenda utama dengan alasan kerajaan tak ada duit. Projek mega, megah dan nak tunjuk lagesi diutamakan. Kenapa ada malas nak fikir politik bodoh dan bangang ini menguasai Malaysia?
---------------------

Malaysia Sudah Berkeupayaan Cipta Kereta Nasional Baharu

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof optimis Malaysia sekarang sudah bersedia dan berkeupayaan untuk menghasilkan projek kereta nasional baharu.

Malah, beliau berkata dengan sokongan kuat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mewujudkan Proton, tidak mustahil aspirasi itu dapat dicapai sekali lagi.

“Kita boleh belajar daripada lepas (Proton)…apa sahaja kelemahan yang kita ada kita belajar dan kita tambah baik dengan penggunaan teknologi terkini hari ini,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, malam ini.


Pada Jun lalu, Dr Mahathir menyuarakan cadangan untuk mewujudkan kereta nasional baharu bagi menggantikan Proton yang sudah tidak lagi dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Mohd Redzuan berkata Proton dahulu menjadi titik tolak dalam melahirkan ramai usahawan, yang beliau lihat sudah bersedia, lebih kompetitif, berintegriti tinggi dan dengan teknologi automatif yang ada, bila-bila masa sahaja projek kereta nasional boleh dimulakan.

Mengenai rungutan ada vendor kurang keyakinan tetapi berminat dengan projek kereta nasional itu, beliau mahu mereka mengubah paradigma dengan lebih berani dan mencontohi vendor tempatan lain yang kini bergiat maju di luar negara.

Justeru, katanya satu persekitaran ekosistem atau rangkaian vendor yang berdisiplin dan berdaya saing perlu ada untuk mereka lebih maju ke hadapan. – BERNAMA

MR :  ............


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan