Header Ads

ads header

Flash News

Petisyen Bantahan ICERD


تكبير!

ألله اكبر!
ألله اكبر!
ألله اكبر!
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP ICERD

"Maka dengan rasa penuh kesedaran dan tanggungjawab, kami membantah sebarang percubaan untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) oleh mana-mana pihak di negara ini serta menolak sekeras-kerasnya langkah-langkah untuk memberi justifikasi terhadap Konvensyen tersebut."

Sila isi detail Nama Penuh/ Kad Pengenalan ( Tanpa Mykad- Tandatangan tidak dianggap sah) / Negeri dan Submit Pengesahan. Kami NGO2 mensasarkan 1 Juta rakyat Malaysia bersama2 Kami.

Marilah Klik link ini https://www.barisan33.my/petisyen berjuang  demi Negara Bangsa Agama Bersama Kerana Lillahita'La

----

MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP ICERD

“Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita?” (Kesan Pengesahan ICERD, Tun Abdul Hamid Mohammad)

Islam dan umatnya dikacau dan diganggu-gugat lagi. Percubaan kali ini mengambil bentuk ratifikasi sebuah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Gesaan untuk mengesahankannya merupakan langkah diabolikal yang tentunya memberikan natijah porak-peranda dan detrimental kepada bangsa Melayu-Islam khususnya dan usaha-usaha pemupukan keharmonian kaum di negara ini.

Latar pengalaman sejarah kolonial kepada bangsa Melayu terlalu banyak melahirkan bencana. Kesediaan bangsa Melayu-Islam untuk menerima kedatangan kaum-kaum lain yang dibawa oleh pihak kolonial atas kepentingan mereka sudah cukup bukti untuk tidak menerima pakai Konvensyen tersebut. Liabiliti Inggeris (baca:kolonial, setelah memunggah khazanah kekayaan bumi Melayu) dipikul oleh bangsa Melayu dengan penuh rasa tanggungjawab, belas ihsan dan pengorbanan yang tidak ada taranya dalam sejarah. Namun, kenapa ada pihak yang beriya-iya benar hendakkan Malaysia mengesahkan Konvensyen tersebut. Mengapa di Malaysia, dan tidak di Myanmar, Israel, malah tanah besar China sendiri yang sekian lama mendiskrimasi, menjarah, menzalimi dan mengucar-ngacirkan kesentosaan kaum Rohingya dan Uigur serta bangsa Palestin yang beragama Islam di sana.

Konvensyen ini sama sekali tidak mempunyai justifikasi terhadap Islam, bangsa Melayu dan kaum Bumiputera seluruhnya yang menjadi bangsa teras, definitif dan pemilik asal wilayah bumi ini. Seolah-olah mereka tidak memahami dan melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini serta menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak keistimewaan orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak serta institusi Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks sejarah kolonial, bangsa dan Tanah Melayu adalah mangsa; (penekanan) mangsa penjarahan dan perompakan khazanah bumi, penghakisan jatidiri, pemalitan maruah dan pemalsuan sejarah yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak Inggeris. Setelah mereka memunggah masuk kaum-kaum asing khususnya dari China dan India bagi tujuan ‘buruh murah’ dan memerah keringat lalu melakukan penswadayaan ekonomi dan politik demi kepentingan mereka, beban Inggeris dalam bentuk kaum imigran ini ditinggalkan untuk ditangani oleh bangsa Melayu yang tidak ada kena mengena dengan mereka sama ada dari sudut nasib sejarah atau nasab keturunan. Namun demikian, bangsa Melayu telah melakukan sesuatu yang tidak tergamak dibuat oleh bangsa lain di dunia ini – pewarganegaraan secara pukal seramai 2 juta orang kepada kaum imigran dengan memberikan kepada mereka segala keistimewaan dan kelebihan dengan hanya meminta mereka mengiktiraf, memperakui dan menerima beberapa peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara yang menyentuh secara langsung tentang bangsa Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak, termasuklah Perkara 153, Perkara 89 dan Perkara 8(4)(f). Pengesahan terhadap naskah Konvensyen ini akan menyebabkan Perlembagaan terpaksa dipinda dan dimansuhkan kerana peruntukan-peruntukan ini nyata bercanggah dengan intipati Konvensyen yang buta tentang sejarah pembentukan negara Malaysia.

Memandangkan kesannya yang terlalu besar kepada semangat dan realiti sejarah Tanah Melayu, pola kemasyarakatan, khususnya dalam memelihara kerukunan hubungan antara kaum, halatuju negara, pemilikan ekuiti dalam sektor perekonomian serta sistem kedaulatan bangsa Melayu yang meletakkan secara sinergi institusi Agama dan Raja Berperlembagaan dengan segala adab ketertiban dan neraca akhlaknya,

Memandangkan intipati Konvensyen berpremis buta sejarah itu tentang pembentukan Malaysia dari Persekutuan Tanah Melayu yang telah melalui beberapa siri penjarahan dan inkursi dari kuasa-kuasa kolonial dan imperialis dengan latar bangsa Melayu terpaksa bergadai nyawa untuk mempertahankannya,

Memandangkan liabiliti Inggeris dalam bentuk kaum pendatang yang ditinggalkan di bumi Melayu ini terpaksa ditangani, dipikul dan dipertanggungjawabkan kepada bangsa Melayu sementara Inggeris merekacipta instrumen pemerintahan yang terang-terangan melupuskan liabilitinya itu kepada bangsa Melayu secara in toto,

Memandangkan bangsa Melayu telah melakukan pengorbanan besar yang disemangati dan berdasarkan titipan ajaran Islam yang mereka anuti dan norma adab dan budaya Melayu yang halus dan berpekerti tinggi sehingga bersedia, berihsan dan berperikemanusiaan untuk menganugerahkan kerakyatan kepada hampir 2 juta orang kaum pendatang dari China dan India dengan hanya meminta mereka untuk menjunjung, mengakru dan menyetiai Kontrak Sosial yang dipersetujui bersama,

Memandangkan pengorbanan besar ini tidak akan tergamak dan rela dilakukan oleh mana-mana bangsa di dunia ini, malah pendiskriminasian sepertimana yang dimaksudkan oleh naskah Konvensyen tersebut masih terus berleluasa, dibuat secara sembrono dan bermerajalela di negara-negara seperti Myanmar, China, Israel dan beberapa negara Eropah lain,

Maka dengan rasa penuh kesedaran dan tanggungjawab, kami membantah sebarang percubaan untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) oleh mana-mana pihak di negara ini serta menolak sekeras-kerasnya langkah-langkah untuk memberi justifikasi terhadap Konvensyen tersebut.









MR :  Ayoh tanda tangan


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. in sha allah dua juta akan turun padang lg...allahuakbarr

    BalasPadam
  2. in sha allah dua juta akan turun padang lg...allahuakbarr

    BalasPadam
  3. Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu menentang ICERD yang didokong oleh puak munafik liberal dan kafir harbi kerana ICERD boleh menghapuskan hak Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu.

    BalasPadam