Header Ads

ads header

Flash News

Ini bermakna pucuk pun rosak, tunggu masa tumbang dan pecah



Jika tuan-tuan membaca berita di bawah, maka sudah pasti tuan-tuan boleh berfikir masa untuk kerajaan PH jatuh makin hampir sebagai hampirnya PM kita untuk bertemu Allah s.w.t. Pucuk (pemuda) rosak, akar bermasalah (Presiden dan teras perjuangan), ranting dan canag bercakaran (faham siapa). Kerajaan PH akan tak tentu hala, DAP menmguasai maka di situ akan ada kelompongan... tuan-tuan kena bersama dengan gerakan Islam dan parti Islam, jangan ikut gerakan Islam IKRAM yang menjual agama kepada DAP dengan pelbagai alasan dan hujah yang semuanya tak rasinal jika dikaji mendalam...

------------

Akmal menang, boo bergema di dewan

Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir sah memimpin Pemuda PKR bagi tempoh 2018-2021 selepas diumumkan memenangi jawatan ketua pemuda PKR bagi pemilihan sayap PKR itu.

Kemenangan Akmal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Kongres Nasional AMK 2018 di Shah Alam, petang ini.

Manakala Adun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pula dipilih sebagai pemenang bagi jawatan timbalan ketua pemuda PKR.

Tiga naib ketua pemuda PKR pula dimenangi S Thiban, S Justin dan Mohd Nazree Mohd Yunus.

Sedikit menghangatkan suasana ketika nama Akmal diumumkan oleh JPP beliau 'diboo' oleh segelintir perwakilan dipercayai penyokong 'kem Azmin' ataupun Dr Afif Bahardin.

Lebih menarik lagi, 20 exco Pemuda PKR dikuasai oleh hampir semua kem timbalan ketua pemuda PKR yang dilihat akan menyukarkan gerak kerja Akmal.

Dewan kongres dimeriahkan oleh sorakan penyokong-penyokong kem 'keadilan masa depan' ketika nama Hilman dan barisan exco 'pilihan' mereka diumumkan.

Dalam ucapan sulungnya Akmal mengakui pemilihan parti itu kali ini disulami pelbagai isu, namun keputusan harus diterima dengan hati yang terbuka.

"Pemilihan kali ini banyak sangat isu, saya tak tahu nak gembira atau bersedih, dah lah "adik beradik".

"Saya harap sepanjang tempoh saya pegang jawatan ini, saya mohon kerjasama, saya mohon pertolongan kawan-kawan dan saya mohon kerjasama semua.

"Kalau kita gagal dalam tempoh empat tahun ini, kita semua yang gagal," katanya.

Akmal berkata, apa yang lebih penting tugas Pemuda PKR selepas ini adalah memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri bila tiba masanya.

Sementara itu Hilman berkata, kumpulan 'keadilan masa depan' dibubarkan serta merta dan mereka kini bekerja dalam satu kumpulan sebagai saf Pemuda PKR.

Tidak timbul lagi soal mana-mana kumpulan dan sokongan padu akan diberikan kepada Akmal selaku ketua.

Sementara itu dalam sidang media Afif 'mengumumkan' kumpulannya 'keadlian masa depan' menguasai pemilihan sayap parti itu.

Bekas timbalan ketua pemuda PKR itu berkata, hampir kesemua jawatan dalam sayap itu dimenangi oleh calon-calon kemnya, namun beliau gagal memenangi jawatan ketua pemuda PKR.

"Pasukan yang saya tawarkan menang hampir kesemua jawatan (Pemuda PKR), pengerusi tetap, timbalan datang daripada kami...pasukan yang terbaik untuk AMK (Pemuda PKR) ke hadapan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Hilman, saya yakin beliau dapat membantu saudara Akmal," katanya

Dalam pada itu Afif mahu kepemimpinan parti itu yang bakal dipimpin Anwar Ibrahim supaya menambahbaik proses pemilihan parti itu.

MR :  InsyaAllah gerakan Islam akam memimpin Malaysia


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan