Header II

Header ADS

Prosedur Pengiklanan di MindaRakyat


MAAF KAMI DAH TAK BUAT IKLAN

Kami ditanya berkenaan iklan di blog ini. Terutamanya mereka yang pernah beriklan dengan laman Tranungkite Online (TKO). Setelah TKO ditutup tak ada laman yang memberikan perkhidmatan iklan dengan kadar sangat membantu.

Pada dasarnya memang kami tidak berhasrat untuk menyediakan ruang iklan tapi atas dasar membantu akhirnya kami bersetuju menyediakan ruang iaitu.

PROSEDUR PENGIKLANAN (PENJANJIAN PENGIKLANAN)

Untuk mengetahui kadar bayaran bagi setiap ruangan sila email kepada kami mindarakyat@gmail.com atau Whatsapp/Telegram 011-1089 -0461
 (E-mel biasanya dijawab tidak lebih daripada 3 hari. Jika e-mel anda tidak dijawab, sila e-mel semula ada kemungkinan e-mel tersebut termasuk dalam bulk emel atau tetinggal [terlepas pandang] kerana e-mel ini juga menerima artikel pengunjung. Begitu juga Whatsapp/Telegram mungkin tidak terus dijawab)


1. Hantar maklumat iklan seperti
a. jenama/jenis barangan iklan (produk yang nak diiklan)
b. images* berukuran seperti saiz tawaran iklan
c. URL laman untuk dilinkkan
d. dan apa-apa maklumat yang dirasai perlu
ke email mindarakyat@gmail.com
(* images yang dicadangkan dalam format gif atau jpg. Jika gif jangan hantar melalui whatsapp kerana whatsapp menukar format itu kepada MP4)

2. Saiz imej dengan byte yang tidak terlalu besar yakni tidak melebihi 300 KB.Jika imej melibatkan wanita, pastikan menutup aurat. Jika e-mel tak dijawab lebih 3 hari, tolong hantar semula, sebab kami semua ni sibuk sikit... kadang kala terlepas pandang

3. Kami akan teliti barangan yang hendak diiklan* berdasarkan e-mel yang dihantar dan kami akan membalasnya untuk menyatakan samada kami setuju atau tidak. (Biasanya kami rujuk kepada Penasihat dan Panel Pengiklanan)

Jika kami setuju**, sila masukkan wang secara banking online ke Akaun Maybank kami dan emelkan kepada kami penyataan atau maklumkan tentang pembayaran ini.
(* Tidak bertentangan dengan polisi dan dasar kami. ** Jangan sekali-kali membuat pembayaran sebelum persetujuan daripada pihak kami ada kemungkinan ruang iklan nampak kosong tetapi telah dibayar dahulu oleh pihak lain.)

4. Setelah disahkan tentang pembayaran iklan akan dipaparkan paling lewat 3 hari daripada pembayaran dibuat, melainkan jika ada masalah yang tak dapat diatasi mungkin memakan masa lebih daripada 3 hari tetapi jarang berlaku. (Oleh kerana semua tenaga kerja kami adalah bekerja sukarela, mungkin ada terikat dengan kerja-kerja peribadi yang tak dapat dielakkan)

5. Pihak kami akan membuat anggapan pihak pengilanan tidak berminat untuk menyambung iklannya jika tiada bayaran 3 hari sebelum tarikh tamat pengiklanan. walau bagaimanapun kami akan memberi notis tentang tamat tempoh iklan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengiklanan tamat. Jika pihak pengiklan ingin menambah masa pengiklanan, masukkan wang seperti kadar pengiklanan di atas, melainkan jika pihak kami memberitahu untuk tidak melanjutkan lagi pengiklanan tersebut.

6. Jika berlaku sebarang gangguan pada blog kami melebihi daripada 4 jam (pada satu hari) kami akan tambah masa pengiklanan selama 1 hari lagi. Perkara ini tidak tertakluk jika gangguan disebabkan oleh pihak lain seperti line tmnet tidak stabil, kerosakan server bukan pada pihak kami dsbnya.

7. Syarat-syarat pengiklanan mungkin berubah dari semasa ke semasa dan pihak kami akan memberi notis kepada pengiklan, tanpa membebankan para pengiklan dengan perubahan tersebut.

8. Jika ada kemusyikilan, sila bertanyakan kepada pihak kami melalui emeil yang dinyatakan di atas.

9. Harga yang ditawarkan tidak termasuk pembinaan imej iklan. Pihak kami bersedia untuk menyediakan images pengiklanan tanpa sebarang bayaran dengan syarat terimalah apa sahaja yang ada...*
 (* Kami akan membuat iklan bergantung kepada kelapangan masa pada pihak kami. Source imej yang dibina tidak akan disimpan dan akan dipadamkan setelah tiada sebarang pembetulan pada hari pertama iklan dipaparkan)

10. Pihak kami juga bersedia menyediakan ruang pada laman ini untuk link iklan (Jika ada maklumat lebih daripada saiz yang dinyatakan*) di laman ini dengan satu kadar bayaran tertentu yang akan dirundingkan.
 (* lihat contoh [klik].)

11. Pihak pengiklan boleh menukar imej iklan beberapa kali yang dikehendaki dengan syarat imej adalah daripada pihak pengiklan sendiri. Pihak pengiklan juga boleh menukar link laman dengan syarat link tersebut tidak bertentang dengan polisi kami. 

12. Catatan: Kami tidak menerima iklan berbentuk jana/buat/impian/dll berkaitan wang, iklan yang berbentuk pertandingan yang melibatkan pembayaran penyertaan (misalnya pertandingan memancing), gelang kesihatan bagi lelaki, jualan melibat ayat al Quran melainkan untuk tabung atau pendapatan sendiri yang berpatutan, ubatan seks yang melampau, links laman pengiklan yang mengandungi gambar yang tidak bermoral dll yang bercanggah dengan polisi kami.

13. Tiada hak cipta dalam pengiklanan. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membuat iklan pada produk tertentu walaupun sudah ada produk itu pada iklan sebelumnya. Oleh itu pihak kami berharap pihak pengiklan berlapang dada dalam hal ini dengan mengambil kira rezeki semuanya datang daripada Allah. Walau bagaimanapun kita kenalah menghormati pengiklan lain kerana sesuangguhnya meraikan orang lain adalah lebih baik, jangan kita ada sifat untuk bersaing tanpa mengambil kira perasaan dan pandangan orang lain.

14. Jika pengiklan yang iklannya berada di atas ingin mengeluarkan iklannya sementara (misalnya, dia tak sempat nak urus kerana ada urusan lain) sedang tempoh tamat belum habis, kami menerima pengangguhan ini dengan bilangan hari yang masih berbaki. Tapi apabila iklannya dimasukkan semula. Iklan ini akan berada di bawah sekali. Polisi ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati pengiklan lain yang tak tahu apa sebab iklan itu dikeluarkan sebelum ini.

15. Lain-lain peraturan yang akan dinyatakan kemudian tetapi tidaklah membebankan pengiklan.


Panel Pengiklanan
MindaRakyat


 .......................................




PAKEJ A (Header)

Iklan berada pada posisi atas sebelah dengan header blog. Bersaiz 728 x 120 pixel pada paparan website dilihat melalui PC. Paparan ini berubah saiz mengikut tablet atau smartphone dan berada pada paparan sama dengan header blog kami. HANYA SATU RUAN IKLAN SAHAJA. Siapa cepat dia dapat.


Contoh:




PAKEJ B (Sisi)

Iklan ini berada pada sisi kanan blog (lihat pada gambar di atas). Bersaiz 326 x 150 pixel. Berada di posisi tengah untuk paparan smarphone dan saiz bergantung pada saiz skrin smartphone.


Contoh





PAKEJ C (Bawah berbentuk artikel)

Iklan akan berada pada satu kategori seperti kategori lain dalam blog. Saiz dicadangkan untuk imej adalah 700 x 420 pixel. Tapi sebenarnya imej boleh apa-apa saiz dan boleh berbilang imej kerana iklan ini berbentuk artikel panjang. Pengiklan boleh masuk apa-apa maklumat berbentuk link atau embed kod daripada youtube atau video apa-apa misalnya. Paparan ini adalah contoh iklan yang dimaksudkan.




PAKEJ D (Bawah Artikel)

Iklan akan berada pada akhir sesuatu artikel. Iklan ini bergantung kepada bila mulanya iklan. Paparan iklan akan berada pada artikel semasa tempahan iklan sahaja. Ini bermakna untuk artikel lama tidak akan terdapat iklan baru. Begitu juga pembetulan link/url pengiklanan hanya melibatkan artikel terbaru sahaja. (Lihat bawah artikel ini sebagai contoh)








PAKEJ E (Teks - hanya RM20 sebulan)

Paparan di bawah artikel dengan link kepada laman pengiklan. Tidak lebih daripada 15 perkataan. Pengiklan paling awal akan berada di ruang paling atas. Tiada had bagi ruang iklan ini. HARGA IKLAN: RM20.00 Sebulan. Tambahan RM2 untuk setiap perkataan lebih daripada 15 patah.

Pengiklan paling awal akan berada di ruang paling atas. (Lihat bawah artikel ini sebagai contoh)

Contoh:











  • >>>Diabetes TESTIMONI<<<.....Makin BERTAMBAH....GEMPAR!!!...@RHMbiz

  • DUDUK HADAPAN KOMPUTER, WANG MASUK SETIAP BULAN!!! Baru!

  • JAnGaN LepAS PErlUAg ini -- SiLa KliK!! Baru!


  • Kami mudah dihubungi melalui emel... tapi boleh juga melalui
    1. mindarakyat@gmail.com
    2. whatsapp 011-10890461
    3. telegram @nikabubakarnikmat

    ABU BAKAR MAT
    Pengurus iklan
    MindaRakyat



    -: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
     Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
     Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
     BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





    ............oo000oo...........
    MINDARAKYAT
    http://mindarakyat.blogspot.com/
    mindarakyat@gmail.com

    Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
    ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

    Tiada ulasan

    Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.