Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Selangor arah tukar papan tanda jalan tulisan Cina


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Arahan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Dis ini,” demikian menurut beliau dalam surat bertarikh hari ini.

Titah baginda itu dipercayai susulan laporan media sebelum ini mengenai beberapa papan tanda nama jalan di Shah Alam yang sebelum ini ditulis dengan bahasa Melayu dan Jawi namun kemudian ditukar kepada tulisan Cina serta mengekalkan bahasa Melayu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Twitter milik seorang penduduk Shah Alam yang mempersoalkan kewajaran papan tanda nama jalan di kawasannya ditulis dengan bahasa Cina.

Individu berkenaan turut mempersoalkan ke mana menghilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda nama jalan itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Jan 2017 memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain daripada tulisan rumi.

Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut.

MR :  Papan tanda tulisan Cina bermakna masyarakat Cina di sini tak tahu baca tulisan Melayu... 60 tahun lebih masih tak tahu, sedangkan Bangla 2 bulan dah boleh


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berani bertitah membela Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

    Saya merasa berbangga kerana masih ada sebilangan sultan yang berani bertitah melindungi hak Islam dan hak kaum Melayu dan menegur kesalahan dan kebiadapan pemerintah pakatan secara langsung atau sindiran.

    Menjunjung Kasih Tuanku.

    BalasPadam