Header Ads

ads header

Flash News

Wanita dinoda lima lelaki, kemudian dibakar hidup-hidup


NEW DELHI - INDIA. Seorang ibu kepada dua anak diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki dan turut dibakar hidup-hidup dalam sebuah kuil di Sambhal, Uttar Pradesh.

Akhbar Times of India melaporkan kesemua suspek memecah masuk ke dalam rumah mangsa berusia 35 tahun itu pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) sebelum merogolnya, semalam.

Menurut suami wanita itu, isterinya ada menghubungi talian perkhidmatan kecemasan, namun tiada pihak yang menjawab panggilan itu.

Dia kemudiannya menghantar mesej kepada sepupunya untuk memaklumkan tentang insiden itu. Apabila penyerang itu kembali semula, mereka membawanya ke kuil berhampiran dan membakarnya tanpa perikemanusiaan.

Difahamkan, klip audio daripada panggilan terakhir mangsa akan dijadikan sebagai bahan bukti kes tersebut.

Kesemua suspek tidak berhati perut itu telah dikenal pasti dan turut tinggal di kampung didiami mangsa.

Susulan itu, jurucakap polis, Inspektor Varun Kumar memberitahu, pihak berkuasa kini memburu kesemua lelaki terbabit selepas ia menjadi kes rogol terbaharu didaftarkan di India.

Perkara itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli kerajaan dan polis dalam mengendalikan kes tersebut.

Ramai pihak mengkritik parti Bhatatiya Janta (BJP) dan kempen 'Beti Bachao' (Selamatkan anak perempuan kita) yang didakwa gagal memastikan keselamatan golongan wanita di negara itu.

Kaji selidik dibuat Yayasan Thomson Reuters pada awal tahun lalu mendapati India dinamakan sebagai negara paling bahaya untuk wanita di mana 106 kes rogol berlaku pada setiap hari. - Agensi


MR : Undang-undang manusia, kepercayaan manusia biasanya lari daripada fitrah kejadian. Mereka rakus dan zalim. Ini adalah sebab kenapa kita kena kembalik kepada fitrah kejadian manusia dan kembalik kepada allah s.w.t.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

1 ulasan:

  1. Inilah akibatnya apabila negara India diperintah oleh rejim pelampau Hindu yang telah menindas agama Islam dan umat Islam di Kashmir dan India! Sudah ramai wanita India dan pelancung asing telah dirogol dan / atau dibunuh oleh perogol atau geng perogol di India!

    Rape is the fourth most common crime against women in India. According to the National Crime Records Bureau (NCRB) 2013 annual report, 24,923 rape cases were reported across India in 2012. Out of these, 24,470 were committed by someone known to the victim (98% of the cases).

    https://en.wikipedia.org/wiki/Rape_in_India

    BalasPadam