Header Ads

ads header

Flash News

Pembangkang mahu Dewan ditangguh selesai isu pelantikan speaker


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, termasuk wakil PAS, meminta persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 14 hari, dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melantik speaker dalam tempoh ditetapkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), adalah mandatori bagi speaker dilantik 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

Sepatutnya, kata beliau, speaker mesti dipilih pada 2 Julai.

Ini berikutan keputusan Ahli Parlimen pembangkang untuk keluar dari Dewan Rakyat sebentar tadi kerana membantah pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker baru.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peraturan berkaitan tempoh 14 hari itu tidak dipatuhi.

“Kami membantah cara bagaimana speaker dilantik. Peraturan Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mereka perlu memeriksa surat pelantikan untuk melihat sama ada tarikhnya diundurkan ke belakang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata jika syarat itu tidak dipatuhi, maka itu bermakna kerajaan tidak mengikut peraturan.

“Kami tidak membantah speaker kerana jawatan itu penting, tetapi peraturan perlu diikuti,” katanya.

Setiausaha Agung Umno yang baru, Tan Sri Annuar Musa berkata, bekas speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memeriksa dengan kakitangan Parlimen selepas tarikh 2 Julai dan diberitahu tiada nama dikemukakan.

“Kita tidak boleh langgar peraturan. Jika mereka ada masalah, tangguh dan calonkan semula speaker, kemudian kita boleh sambung semula persidangan.





MR : Sangat sukar untuk sesuatu perjalanan sidang sekiranya kerajaan sendiri tidak mengikut peraturan sedia ada....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

6 ulasan:

  1. terserlah lah sudah bahawa kerajaan Ph ialah rejim almunafikun
    bila berjanji ...tak ditepati
    bila berkata... dusta
    bila diberi amanah....salahkan orang lain bukan nak cari jln nak selesaikan
    so tahniah yng mengundi PH..jgn lupa kamu pun ada saham

    BalasPadam
  2. Memang benar KERAjaan pakatan adalah rejim munafik kerana rejim ini telah memungkiri semua janji dalam manisfesto pakatan sendiri kecuali UEC dll yang menjadi kepentingan kaum China dll.

    Kita masih ingat lagi pemimpin-pemimpin pakatan berkata jika pakatan menang, esok harga minyak turun kepada RM1.50 seliter, tol dihapuskan, bayaran PTPTN ditangguhkan, beban rakyat akan dikurangkan, GST akan dihapuskan (bukan GST 0%) ... bla ... bla ...bla ...bla ...

    Maka sebilangan pengundi yang jahil murakkab terus mempercayai janji bulan dan bintang tersebut dan mengundi pakatan tanpa berfikir secara kritis atau alasan ynag rasional.

    Bahkan mereka juga mempercayai semua fitnah terhadap PAS yang telah dicipta oleh barua dan pemimpin pakatan liberal-kafir harbi sebelum dan semasa PRU14. Mereka manusia naif dan jahil murakkab kerana mempercayai fitnah secara membabi buta.

    Akhirnya pengundi-pengundi pakatan ini juga menanggung semua dosa besar setiap kali KERAjaan pakatan menindas agama Islam dan hak umat Islam. Semua janji pakatan , kecuali yang menguntungkan puak kafir, telah dihumban ke laut atau tong samaph. Pengundi-pengundi pakatan ini hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja. Padan muka mereka.

    Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :
    “ "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.

    Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
    Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
    Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".

    Maka KERAjaan pakatan telah memenuhi ciri-ciri munafik tersebut di atas. Orang bodo sahaj mempercayai KERAjaan pakatan.

    BalasPadam
  3. Saya rasa 3 orang yang membuat komentar di atas perlu bertaubat. Tuduhan yang dibuat amat berat dan islam melarang membuat fitnah. Mati biar berbaloi jangan mati terus ke neraka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang mana letaknya fitnah itu tidak diberitahu. Makanya tuduhan Alang kepada 3 pembahas di atas adalah berat. Atau anda nak buktikan bahawa anda dipihak yang benar???

      Padam
    2. Alang Buana,

      Kamu telah membuat dakwaan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti terhadap 3 orang yang telah membuat komen di atas maka dakwaan kamu adalah fitnah.

      Adakah kamu seorang barua @ tentera cyber @ tentera kacang merah ternakan pakatan? PRK semakin hampir !

      Padam