Header Ads

ads header

Flash News

Sekarang saya tak boleh tangkap orang sesuka hati kata Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sekarang terikat dengan manifesto Pakatan Harapan dan tidak boleh berbuat sesuka hati.

“Saya kena ikut manifesto yang ditetapkan oleh gabungan (Pakatan Harapan).

"Saya tidak bebas buat apa yang saya suka kerana terikat dengan tanggungjawab menjalankan keputusan gabungan, dan gabungan ini telah memutuskan kita kembali pada demokrasi,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Al Jazeera.

Media antarabangsa itu antaranya bertanya sama ada beliau mahu menggunakan pendekatan keras seperti pernah dilakukan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

Ketika itu, kata Al Jazeera, timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi sekutu politik, sendiri disumbat ke penjara.

Mahathir bagaimanapun menegaskan Malaysia akan kembali kepada kedaulatan undang-undang.

“Hari ini saya tidak boleh buat keputusan sendiri untuk tangkap orang,” katanya.

Mahathir bagaimanapun berkata pentadbirannya sebelum ini tidak pernah menggunakan kuasa secara rawak, sebaliknya mesti mempunyai sebab tertentu.


MR : Mahathir secara halus nak beritahu bahawa dia tak diktator lagi... tapi sebenarnya dia diktator walaupun hanya ada 13 MP sahaja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. bermakna dulu memang tun dzalim sampai dapat gelaran maha firaun tapi skrg yg bagi title kan tun sudah boleh terima sbab tun dah taubat jgn taubat sambal belacan sudah lah

    BalasPadam
  2. Yelah.. aku percaya mahader oiii... ada apa2 lg pengakuan yg nk dibuat ke. Wktu x pnjg sgt ni.....

    BalasPadam
  3. Demokrasi bukan sangat mengambil kira berkenaan janji tapi majoriti. Meskipun ada janji tapi kalau kerusi adalah kecil maka demokrasi mengatakan kerusi yang kecil harus beri kuasa pada kerusi paling besar. Kalau permulaan kuasa sudah tidak ikut landasan sebenar, tak gunalah ngomong tentang itu ini dan bagai.

    BalasPadam
  4. Wah nampak sangat MahaFiraun (gelaran yang dikurniakan oleh presiden Syiah parti PANdir) suka menzalimi orang-orang yang tidak bersalah dengan menangkap orang tanpa perbicaraan dan membunuh ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah di kampung Memali untuk dijadikan modal untuk memburuk-memburukkan parti Islam PAS.

    Walaupun kubur kata mari dunia kata pergi, MahaFiraun masih hanyut dalam dunia liberal lagikah? Adakah dia fikir orang lain sahaja yang mati dan dia tidak mati?

    Malanglah manusia yang berbangga dengan dosa besar yang telah dilakukan oleh mereka ! Sepatutnya meraka merasa insaf dan kesal dan bertaubat kepada Allah dan meninggalkan semua kemungkaran dan kesesatan mereka.

    Bahkan tulisan-tulisannya yang mencerminkan mentaliti liberalnya yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh, dia telah membuat dakwaan palsu kononnya beribu-ribu hadis (yang memang jelas sahih) sebagai hadis palsu dll. Mana penasihat agamanya? Tidurkah?

    Malanglah manusia tua yang sedang dikejar oleh kematian dan kubur pula berada dihadapannya sedang dia masih bersekongkol dengan puak munafik liberal dan puak kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam!

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud "Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya."[HR. Muslim No.203].

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak."
    (Al-Mulk 67:6-7)

    BalasPadam
  5. Sebabnya ialah dia sudah dikuasai DAP.

    BalasPadam