Header Ads

ads header

Flash News

Ekonomi Negara Semakin Teruk & Lebih Ramai Orang Akan Hilang Kerja


Saya lihat keadaan ekonomi negara kita tiba-tiba menjadi dari baik kepada teruk.

Kalau sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, kini tiba-tiba pelabur berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion Ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu kerana hilang keyakinan kepada Kerajaan untuk mentadbir ekonomi negara.

Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan tidak pernah perlu buang orang kerja beramai-ramai namun merancang lagi untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan termasuk mengambil beratus ribu graduan bekerja di bawah SL1M, kini tiba-tiba berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam telah diberhentikan kerja oleh Kerajaan Pakatan. Mereka merancang untuk buang lebih ramai lagi.

Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan boleh menambah BR1M kepada lebih ramai golongan yang memerlukan kerana keadaan kewangan Kerajaan yang kukuh, kini tiba-tiba BR1M mahu dikurang dan dikecilkan bilangan penerima oleh Kerajaan Pakatan atas alasan hutang negara yang dikira dan dimanipulasi ikut suka.

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kata berpuluh ribu orang itu memang patut diberhentikan.

YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula kata beliau tidak tahu berbillion pelaburan sudah keluar dari Malaysia.

YB Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua pula beri alasan pasaran saham jatuh sebab faktor luaran dan bukan salah mereka.

GST telah dikosongkan, namun harga barang tetap melambung naik. Harga minyak pun dinaikkan juga sehingga 19 sen seliter. Sekurang-kurangnya dahulu orang masih ada kerja dan bantuan BR1M juga ditingkatkan untuk menampung perbelanjaan golongan yang memerlukan.

Perdana Menteri dan Menteri-menteri sibuk ingin bongkar skandal sensasi kerajaan dahulu, namun lupa nak buat kerja sebagai Kerajaan sekarang untuk tangani masalah rakyat hari ini. Jika rakyat tiada kerja untuk makan, mereka tidak boleh tunggu 100 hari.

Dalam 40 hari semua ini telah berlaku sekelip mata. Jika tunggu 100 hari, tak tahu apa lagi akan jadi. Jika begini trendnya, ekonomi negara akan menjadi lingkup dan lebih ramai orang akan hilang kerja di Kerajaan mahupun swasta.

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bertanggingjawab untuk menegur. Oleh sebab ini, saya ingin jemput YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng atau Pegawai Khas beliau YB Tony Pua untuk berdialog dengan saya secara terbuka berkenaan ekonomi dan kewangan negara termasuklah hutang negara. YB-YB pun nampaknya ada banyak masa untuk buat kerja lain dan bukanlah sibuk sangat untuk urus kerajaan dan masalah rakyat.

Salam,
ISHAM JALIL21 Jun 2018


MR : Apabila suatu kemenangan hasil daripada manipulasi keadaan inilah akibatnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum dalam Salam Sejahtera !

    Negara Malaysia hanya ada satu di dunia ini. Negara untuk para pengundi PH juga negara kepada pengundi dan penyokong BN, PAS dan lain-lain. Kita semua sayangkan negara kita, baik pada pendokong PH, BN, PAS dan lain-lain yang waras pasti menginginkan negara kita terus maju, aman-makmur dan sejahtera.

    Awal-awal penubuhan Kerajaan PH dulu, menyatakan peri pentingnya kewujudan pembangkang yang kuat untuk check and ballance (semak dan imbang), tegur dan perbaiki kerajaan sedia ada untuk kebaikan kita semua. Kami menegur bukan baru sekarang tapi sejak zaman BN jadi kerajaan selama lebih 60 tahun lalu.

    Tapi sekarang bila kita tegur kerajaan, jangan campuri dan perlekehkan hal ehwal Islam sehingga golongan LIBERAL, LGBT dan musuh-musuh Islam semakin menonjokan diri. Ini akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan yang bukan sedikit kepada umat Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini.

    Bila kita tegur jangan sentuh dan usik institusi Raja Melayu sehinga mereka semakin berani mencela dan memaki hamun YDPA sebagai simbul kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk untuk sekian lama. Sebab takut kalau ada orang Melayu yang hilang pertimbangan dah mula asah parang dan asap keris terbang !

    Kami mungkin memang tidak berhak untuk mempertikaikan janji-janji 100 hari dalam menifesto Kerajaan PH dalam PRU 14 yang lalu. Sebab kami bukan pengundi PH yang tertarik atas janji-janji itu.

    Tapi bila kami tegur dengan fakta dan angka-angka yang sahih tentang kehilangan wang KWSP sebanyak RM 6.09 billion, pelabur bawa keluar lebih RM 20 billion, rezab BNM susut sehingga US 900 Juta, ringgit terus menyusut sehingga RM 4.0015 untuk USD1.00 kerana keceluparan pimpinan PH tentang keadaan ekonomi negara sedangkan sebarang kenyataan mereka sangat sensitif kepada pelabur luar.

    Apa hujah balas yang sangat 'BERFAKTA DAN
    BERNAS' dari para penyokong PH ? :

    - Diamlah Cai BN & PAS !
    - Walaun...
    - Dedak dah habis ke?
    - Menyalak lagi...
    - Move on
    - Dah kalah dah lah...
    - Hari ini kahwin takkan esok dah dapat anak !
    - Kami tak kisah pun pasal manifesto...
    - Asalkan BN tumbang !

    Penyokong PH banyak dari budak-budak Wechat atau budak-budak Ayahanda Uchu Raver KL ke?? Tanya je...

    #SilaTambahSenaraiJawapanKlisePenyokongPH
    #MohonShareKalauSayangNegara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyokong PH yang aku pasti dari kelompok pembaca beautifullnara untuk anak 2 muda ...yang suka gosip2 artis tu dan juga peminat peminat2 k pop.

      Padam
  2. Kalau tak silap PH akan bentuk menteri kabinet sebelum Raya...Tapi dh lepas raya masih belum selesai. Inipun faktor yg menyebabkan pelabur luar hilang keyakinan...
    Nampak macam ada masalah dalaman ph ni

    BalasPadam
  3. tengok pada komen2 dlm you tube kebyakan drpd penyokong PH merupa kan remaja yg meminati muzik dan gosip2 artis dan secara membuta tuli menerima satu2 berita yg di sbarkan oleh pendokong harapan..mereka ini ibarat binatang ternak..malah mereka lebih buruk daripada binatang ternak...puiiiii

    BalasPadam
  4. Kafir dan fasiq memang tak boleh percaya.Rasanya esok jer nak tukar kjaan jika pru15 isytihar.. Up

    BalasPadam
  5. Lebih menerukkan keadaan ialah bilamana Punahsihat Eminen yang digunapakai adalah golongan yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dengan berbagai skandal pada era 1990-han terutamanya sakandal Forex BNM.

    Paling lucu pula ialah bilamana Penggawa Khas MOFin yang di handpicked adalah tokoh ekonomi yang semasa bekerja di negara jiran, hanya berjaya melungkupkan dan bukan mengkayakan syarikat mega. Resume yang biasa2 saja.

    Sekarang ini, hanya sektor tertentu yang memasuki ambang melungkup, kalau berterusan, semua akan turut melungkup. Soalnya apa boleh buat? Hahaha... amek kaw!

    BalasPadam
  6. Bukan janji dicapati dah kali ni tp janji kene kencing kali ni. Menang bersorak tanah tergadai. Mintak jauh le.

    BalasPadam