Header Ads

ads header

Flash News

3 kondo mewah milik anak Najib dan seorang Tan Sri


Polis mengesahkan dua daripada tiga unit kondominium mewah di tengah Kuala Lumpur yang digeledah baru-baru ini milik anak Datuk Seri Najib Razak, iaitu Nooryana dan Mohd Ashman.

Satu unit lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh, dimiliki seseorang yang bergelar Tan Sri.

Bagaimanapun identiti Tan Sri terbabit tidak didedahkan.

Amar Singh berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada kediaman mewah di Pavilion Residence itu mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri terbabit.

"Ia akan jadi sebahagian daripada siasatan. Saya rasa tidak wajar untuk saya mengatakannya sekarang," katanya.

Amar Singh berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis Bukit Aman menggeledah tiga kediaman mewah yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.

Hasil penggeledahan itu polis merampas 72 beg berisi wang tunai serta barangan berharga, selain 284 kotak beg tangan berjenama mahal.

Amar mendedahkan daripada 72 beg itu, 35 mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang dengan nilai keseluruhan RM114 juta.

Nilai bagi barangan kemas serta jam yang terkandung dalam beg lain, katanya, belum disahkan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Demi keadilan, siasatlah semua pemimpin BN dan Pakatan !

    Jika SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin BN dan Pakatan bererti wujud prima facie. Maka siasatan tersebut mestilah diteruskan tanpa pilih kasih.

    Jangan amalkan politik balas dendam !

    BalasPadam
  2. Tun mahataik amalkan politik balas dendam skrg. Alasannya nk ambil balik wang, tapi bgaimana wang yg dibawa keluar dr msia pergi ke hong kong tanpa kelulusan pengurus bank bumiputra blh terlepas keluar beratus juta? Kena ambil ambil balik wang msia yg diseludup keluar tu. Baru adil kan?

    BalasPadam