Header Ads

ads header

Flash News

Harga Barang Basah Meningkat


KUALA LUMPUR – Permintaan tinggi terhadap barang basah dan mentah sepanjang Ramadan hingga menjelang sambutan Aidilfitri menyaksikan kenaikan harga yang membebankan pengguna.

Tinjauan di pasar Chow Kit, di sini hari ini mendapati ayam antara yang mengalami kenaikan harga dan ia diakui oleh peniaga bahawa kenaikan itu berlaku setiap tahun menjelang musim perayaan.

Peniaga ayam, Iwan Rashin berkata, sebelum Ramadan, ayam dijual pada harga RM7.50 sekilo dan kini meningkatkan kepada RM8 sekilo.

“Setiap kali Ramadan harga ayam akan naik berikutan permintaan yang tinggi. Sehingga ke hari ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) belum menetapkan harga siling bagi barang basah,” katanya.

Selain ayam, kelapa parut juga antara yang mendapat permintaan tinggi tetapi masih kekal pada harga RM7 sekilo. Bagaimanapun harga sebiji kelapa meningkat sehingga RM2.50.

Tinjauan juga mendapati harga sayur sawi meningkat sekali ganda daripada RM2.50 sekilo kepada RM5 sekilo.

Bagaimanapun, cili merah turun kepada RM4 sekilo berbanding sebelum Ramadan RM6 sekilo.

Peniaga sayur, Safril Haris berkata, setakat ini pembekal memberikan harga yang berpatutan kepadanya, sekali gus membolehkan dia menjual sayuran pada harga ditetapkan.

“Sayur yang saya peroleh masih pada harga terkawal dan pembekal sentiasa memberikan bekalan yang cukup setiap kali Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Turut mengalami kenaikan harga ialah ikan tongkol dan sardin berikutan peningkatan permintaan dalam kalangan peniaga bazar Ramadan.

Harga ikan tongkol meningkat daripada RM6 kepada RM7, manakala ikan sardin naik daripada RM6 kepada RM8. – BH ONLINE


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. Wah bijaklah pengundi-pengundi pakatan kerana sekarang berlaku kenaikan harga keperluan asas iaitu barang basah seperti ayam dll yang membebankan pengguna.

    Bukankah manifesto PH menjanjikan mengurangkan kos sara hidup rakyat?

    BalasPadam
  2. PH ni nak pangkat dan jawatan je. Agama Islam pun x nak jaga. Camna nak diberkati Allah

    BalasPadam
  3. PH nak putarjaya je... 2x5 dgn rejim najib

    BalasPadam