Header Ads

ads header

Flash News

PAS Desak SPRM Dedah Kekayaan Keluarga Mahathir


Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan sangat luar biasa kerana seorang anak Mahathir, Tan Sri Mokhzani turut tersenarai sebagai antara individu terkaya di Malaysia.

“Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga anaknya berkemampuan memiliki kekayaan cukup luar biasa.

“Justeru, kami desak agar siasatan SPRM sebelum ini dapat didedahkan kepada umum kerana ramai nak tahu mengenainya,” katanya selepas mengadakan perhimpunan mendesak perkara tersebut di depan Masjid al-Fattah di sini, semalam.

Kira-kira 20 anggota PAS Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan secara aman tersebut yang berlangsung selepas solat fardu Jumaat.

Dalam pada itu, Azmi turut menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis dalam kejadian lebih 30 tahun lepas itu.

Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah.

BERITA BERNAMA
Feb 24, 2018

 Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/desak-sprm-dedah-siasatan-kekayaan-keluarga-tun-m-1.807138




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

22 ulasan:

  1. Rasanya artikle mcmni simpan dulu. Elakkan kekeruhan hubungan PAS dgn Pusat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dan setuju. Patut admin boleh tapis ni

      Padam
    2. Aku pun rasa elok simpan artikel ni duluspya hgungan pusat dgn pas tdk keruh. Jangan hanya siasat 1MDB aje, siasat la juga Tun Mahataik yg penuh dgn skandal dlm senyap yg tiba2 kaya mendadak sama taraf dgn lain2 bilionar yg berniaga berpuluh2 tahun.

      Padam
    3. Jika benar kerajaan pakatan mahu membersihkan rasuah, mengapa BN sahaja yang disiasat?

      Mengapa pemimpin-pemimpin pakatan yang didakwa terpalit dengan rasuah seperti skandal kertas kerja, skandal tanah, skandal terowong, skandal BMF, skandal PKFZ, skadanl forex dll tidak disiasat?

      Di manakah ketelusan dan keadilan kerajaan pakatan?

      Padam
    4. aik kata PH memperjuangkan kebenaran.. apa pasai pulak kena tunggu dulu?? tak kira la sapa salah pun.. takkan PH pun belajaq mengampu ni?? kikiki..

      Padam
  2. Betul tu.. mcm tak kena timing.. kena cerdik jugak nak berpolitik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila timing yang sesuai? Sila jawab.

      Padam
  3. Dalam keadaan sekarang, mana-mana siasatan terhadap pembangkang (BN dan Pas) adalah ditakrifkan 'bermotifkan politik'.

    Dunia tak mahu lihat siasatan yang bermotifkan politik tapi dunia mahu lihat siasatan yang tidak bermotifkan politik.

    Itulah ukuran yang akan diambil kira bagi menentukan kejayaan memerangi kebejatan dan kebobrokan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah semasa pakatan menjadi pembangkang dahulu, pakatan juga mendakwa mana-mana siasatan terhadap pembangkang adalah ditakrifkan 'bermotifkan politik'?

      Padam
  4. Betui la....nampak macam PAS dok membela Najib.

    BalasPadam
  5. "Kira-kira 20 anggota PAS Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan secara aman tersebut yang berlangsung selepas solat fardu Jumaat"

    Bila punya artikel ni? Waktu solat jumaat hari ni pun belum masuk lagi...

    BalasPadam
  6. PAS perlu telus suarakan apa yg betul tapi artikel bila ni?

    BalasPadam
  7. Kan bagus jika berfikir 3@4 kali sebelum artikel ini kuo utk tatapan umum. Kita serang org.. pastu nak pulak org bantu kita. Tak malu ke? Ini bukan masa nak berbalas dendam ke apa.. gunakan diplomasi.. tunjuk kelebihan @ contoh yang baik supaya senang org buat perbandingan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah hebatnya komen di atas , tutup mulut butakan mata terhadap kesalahan kerajaan pusat jika mahu wang kerajaan pusat!

      Bukankah ini satu bentuk rasuah?

      Kerajaan negeri PAS berhak mendapat peruntukan dari kerajaan pusat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Federalisme walaupun PAS mendedahkan kelemahan atau kesalahan kerajaan pusat.

      Padam
  8. Inilah kelemahan PAS. Tak bijak menilai suasana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah kelemahan sipolan yang hanya pandai tulis komen bodo untuk kritik PAS sedangkan sipolan sendiri takut untuk menegur kepincangan kerajaan pakatan.

      Adakah kebebasan bercakap telah menjadi dosa besar dalam kerajaan pakatan?

      Padam
  9. Apa pun kita standbye utk fitnah2 yg dilemparkan terhadap pas selepas ini

    BalasPadam
  10. Menarik2... sangat menarik. Kita tunggu hujung nanti apa yg berlaku.. PRU14 sangat menarik ��
    Inilah yg dinanti2kan.

    BalasPadam
  11. rasa nya dah keluar dlm harakah siasat semua kes tanpa ada pengecualian.. yg tuu umum.. tapi bila pas buat detailed.. ada yg terasa pedas..berani kerana benar.. salah tetap salah.. apa takut..

    BalasPadam
  12. Sy bersetuju kebnyakan artikel tuan penulis, tp ada bbrp perkara kt perlu lihat kesesuaian & sentimen masyarakat pd masa ini..yang salah tetap salah tp timing utk bangkitkan sesetengah perkara perlu sesuai..kini kt dikutuk dgn teruk oleh geng PH yg kbnykn adalah ex-pas (Amanah) & geng PKR..kt di PAS amat ketara klemahn dlm dunia siber jd kt perlu cybertrooper spt tuan utk pertahankn PAS & kt bhujah secara berhemah..pedulikan samada mereka ingin terima atau tidak..biar lah kt dlm keadaan defensive drpd kt menyerang krn org sdg memerhatikan kt & tggu bullet utk menyerang PAS..yg penting kt terus istiqomah bersama PAS krn kt kekal disini adalah utk mdaulatkn Islam..sekian

    BalasPadam
  13. Amar makruf nahi mungkar... pegang kat situ... PAS dah lama suruh siasat kekayaan kluarga mathir bukannya baru sekarang bagi yang mengikut perkembangan PAS.

    Apakah kerana dia dah jadi MO1 x kedua kita semakin takut menyatakan kebenaran? Dari zaman mathir jadi MO1 x pertama PAS tetap teguh menentang kemungkaran.

    Kita rasa kita dah betul nak berdiplomasi dgn pusat sampaikan kawan sebelah kita tu dulu sanggup letak Islam dibelakang demi putarjaya... so sama la kita dgn mereka

    BalasPadam