Header Ads

ads header

Flash News

‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita


Kuala Terengganu:
Tiga pemandu yang menggunakan nombor pendaftaran ‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ pada kenderaan mereka ditahan Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kelmarin.

Ketua JSPT Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran MIRA dikesan jam 3.24 petang berhampiran Padang Midin di sini.

“Pemandunya kemudiannya ditahan. Tidak lama kemudian, kami menahan sebuah lagi Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran DINA di kawasan sama.

“Pemilik kedua-dua pemandu memberi alasan yang mereka mendedikasikan nombor pendaftaran itu buat isteri serta nama seseorang,” katanya semalam.

Menurut beliau, alasan itu tidak diterima dan kedua-dua Toyota Alphard berkenaan dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda bagi tujuan untuk memperdayakan pihak berkuasa.

Pada masa sama, di Bandar Baru Kuala Nerus pula, pihaknya menahan sebuah Volkswagen Golf MK6 dipandu lelaki berumur 24 tahun yang menggunakan nombor pendaftaran J3H3.

“Lelaki berasal dari Setiu itu ditahan jam 7.25 petang. Dia memberi alasan kereta itu diperoleh pada malam raya dan belum berkesempatan menukar nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan. Kes disiasat mengikut akta sama.

“Sabit kesalahan , ketiga-tiga pemandu terbabit boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

METRO





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    BalasPadam
  2. Kini masyarakat Buddha dan masyarakat Cina di Malaysia marah kepada DATUK YIP KUM FOOK kerana memusnahkan dan merosakkan kuil Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan beliau juga merupakan ahli jawatankuasa yang ditolak daripada persatuan Buddha Samnak Sambodhi; siapa jadi ahli, dia pun tolak sebab dia rasa ini milik dia seorang

    Mungkin dia rasa semua orang tak boleh buat dia macam ni sebab anak dia Lawrence Yip Jiun Hann seorang peguam di Malaysia (lulus sekolah undang-undang di Australia), ini anak dia yang Playboy kat mana-mana, dah kahwin dengan perempuan Cina Indonesia dan ada dua orang anak.

    Orang Cina sangat pantang, yang memusnahkan Kaabah. Kini, orang Cina berkongsi dan menyiarkan maklumat kepada semua orang di Taman Desa Jaya, Kepong, di Pasar, kedai kopi, dan di mana-mana, mereka bercakap dan bergosip tentang Datuk Yip Kum Fook. Sesiapa sahaja boleh membuka internet dan menyelidik Datuk Yip Kum Fook; nama dia ada sana

    Kita harap mana-mana badan kerajaan dan turun tengok Taman Desa Jaya, Kepong..dan semak Taman Desa Jaya dan semak Datuk Yip Kum Fook, atau buat kajian di internet orang mengadu tentang DATUK YIP KUM FOOK (bekas Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong dan Gombak)

    CHUA SENG LAY, Taman Desa Jaya…..Kepong

    BalasPadam