Header Ads

ads header

Flash News

Sejak bila PAS beranakkan PAN?


DALAM
 mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin WARISAN mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. Hatta, warna oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.

Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses ‘membeli’ parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). Inilah ‘origin of PAN.’

Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. Mereka juga membawa agenda Liberal dalam PAS. Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.

Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang Liberal tetapi mereka juga gagal. Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. Maka lahirlah PAN.

Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. Mereka sekali-kali bukan PAS!

MOHD FADLI GHANI

#Sumber : Harakahdaily   

MR :  PAN dilahirkan oleh DAP  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. kalu bercakap pasal anak ada bermacam2 yang bole kita perkatakan atau listkan.
    buatlah list sendiri, saya tak mahu campur dalam hal ini atau bershubnat dengannya.

    BalasPadam
  2. Anak durhaka semacam anak setan lee

    BalasPadam