Header II

Header ADS

Upko pecat Adun sokong Musa rampas kerajaan Sabah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) memecat Naib Presidennya yang juga Adun Paginatan, Abidin Madingkir kerana menyokong bekas ketua menteri, Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan.

Upko dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi malam tadi.

Abidin antara Adun yang berpaling tadah dan menghadiri sidang media Musa kelmarin dan semalam.

Bagaimanapun, usaha Musa gagal selepas Ketua Menteri, Shafie Apdal menemui Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin yang bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya kilat di negeri itu.

Dakwaan perubahan kerajaan negeri meningkat selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya kepada Perikatan Nasional (PN) pada Februari lalu.

Keretakan pertama dalam kerajaan Sabah didedahkan bulan lalu apabila Adun Sugut, James Ratib dan Adun Kuala Penyu, Limus Jury meninggalkan Upko dan menyokong PN.

Upko kini berbaki 2 wakil rakyat, iaitu Adun Kadamaian, Ewon Benedick dan Adun dilantik yang juga Presidennya, Wilfred Madius Tangau.

#Sumber :  FMT   



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.