Header Ads

ads header

Flash News

Salleh mohon sertai Umno semula, kata ketua Sabah


KOTA KINABALU:
Umno Sabah hari ini berkata, bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak memohon untuk menyertai parti itu semula, selepas membatalkan permohonannya menyertai PKR.

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata beliau tiada keraguan untuk menerima Salleh semula dengan tangan terbuka.

“Kami sudah menerima satu permohonan daripada Salleh dan setakat ini Umno Sabah tiada bantahan untuk beliau kembali kepada parti.

“Permohonan keahliannya sedang diproses dan dipertimbangkan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Salleh menerusi catatan di blognya hari ini mengesahkan beliau membatalkan permohonannya menyertai PKR.

Katanya, keputusan itu dibuat April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini, termasuk pergolakan dalaman PKR.

Bekas ketua menteri Sabah itu memohon menyertai PKR Oktober tahun lalu, selepas bersama sebilangan besar kepimpinan Umno Sabah meninggalkan parti itu pada Disember 2018.

Ditanya jika bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang turut meninggalkan Umno pada Disember 2018, memohon menyertai parti itu semula, Bung Moktar berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan daripadanya.

Salleh dan Pandikar dilaporkan menemui Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept 2019 serta mengumumkan hasrat mereka menyertai parti itu.


MR :  Sabah ni politik lompat mengikut nilai


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan