Header Ads

ads header

Flash News

'Laporan Al Jazeera cemarkan imej negara'


SHAH ALAM
- Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) mencemarkan imej negara dan memburukan nama ‘frontliners’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mereka sepatutnya membantu negara menangani pandemik Covid-19 ini daripada terus ditularkan namun sebaliknya melalui video itu banyak fakta terpesong.

"Mereka perlu faham tugas KKM memastikan keselamatan nyawa rakyat bukan warganegara yang berada di Malaysia. Sebab itu kita perlu asingkan mereka jika tempat itu ada wabak.

“Mereka tidak boleh dihubungi oleh orang luar atau keluar daripada kawasan tersebut ataupun sebaliknya,” katanya pada Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

Laporan Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik Covid-19.

Menurutnya, sekiranya didapati positif selepas disaring bukan mereka sahaja akan dirawat bahkan kontak rapat juga akan diasingkan serta dikuarantinkan.

“Jadi Al Jazeera sebenarnya sudah memburukkan nama-nama 'frontliners' dan mencemarkan imej negara kita dengan laporan tersebut.

“Sepatutnya mereka perlu belajar dengan pengamal media di Malaysia dan mencontohi bagaimana laporan dibuat dengan begitu tepat sekali gus membantu menyekat penularan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham menyifatkan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan telah mendorong trend kes Covid-19 kekal ke satu digit sehingga ke hari ini.

Katanya, hanya kes import yang menjadikan jumlah atau angka itu melebihi satu digit namun KKM masih kekal dengan strategi untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kejayaan besar kita sehingga hari ini ialah kerana rakyat bersama pemimpin mematuhi SOP ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jadi kita perlu kekal dengan mengawal sempadan utama negara daripada dimasuki oleh mereka yang membawa virus ini. Sebab itu pengawalan sempadan sangat penting waktu ini kerana kes yang terdahulu pun disebabkan oleh perkara tersebut.

“Kemunculan semula virus ini di nergara lain disebabkan kebocoran sempadan utama mereka. Saya berterima kasih kepada masyarakat kerana sehingga kini mereka masih lagi berpegang teguh kepada Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit),” katanya. - SH

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: