Header Ads

ads header

Flash News

‘Sembah’ patung dapat kuasa, Fakhrul UNIC minta hati-hati main PUBG


KUALA LUMPUR, 4 Jun
— Penyanyi nasyid Fakhrul menggesa umat Islam berwaspada dengan kemas kini terbaharu permainan dalam talian Player Unknown Battleground (PUBG).

Ahli kumpulan UNIC itu berkata, hal ini kerana terdapat elemen penyembahan melibatkan watak dalam permainan itu yang dibimbangi mampu merosakkan akidah.

“Baru ini ada kemaskini terbaru PUBG di peta Sanhok. Adalah terjumpa patung-patung berwarna.

“Ada butang invoke, bila tekan pemain akan buat gaya macam upacara menyembah meminta pada patung itu.

“Pelik juga sebelum ini tidak pernah ada pun,” katanya di Instagram, hari ini.

Jelas Fakhrul, hasil pencariannya di internet mendapati ia merupakan ciri-ciri baharu diperkenalkan permainan itu.

Patung berkenaan dikatakan berperanan memberi kuasa apabila upacara penyembahan dibuat.

“Patung merah boleh bagi senjata. Patung hijau boleh bagi keperluan bom, peluru dan lain-lain.

“Patung kuning boleh bagi keselamatan seperti helmet, baju perisai dan ubatan.

“Saya rasa macam ada muslihat saja. Lama dah dalam permainan ini ada agenda halus. Jadi hati-hati wahai Muslim,” katanya lagi.


MR : Syirik Ashghar

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan