Header Ads

ads header

Flash News

Nasib baik ada alasan covid-19, PH tak bertanding di Chini


PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.

"Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan.

"PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

"Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

PRK Chini di Pahang akan menjadi yang pertama diadakan ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menyarankan agar Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dianggotai PKR, tidak meletakkan calon.

Mustapha berkata ini kerana PH tidak mampu untuk menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS, selain Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN.

PAS pula sebelum ini telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon di PRK itu dan akan menyokong calon Perikatan Nasional (BN), gabungan baru yang dianggotai BN.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini mencadangkan PH bertanding demi "mempertahakan prinsip".

Menurut Khalid, adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini telah menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata pihaknya sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan PRK Chini dalam melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi.

PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.

Pada PRU14 DUN Chini, Abu Bakar yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,622 selepas mendapat 10,027 undi atau 47.2 daripada jumlah keseluruhan undi.

Kerusi DUN itu mempunyai 21,251 pengundi terletak di bawah parlimen Pekan yang disandang oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

MR :  Kalau bertanding pun nak kempen isu apa? Manifesto baharu ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. SOP kata maximum 20org je boleh berkumpul, takutnya ceramah PH tak sampai 10 org datang... hahaha

    BalasPadam
  2. Air kencing dah abih

    BalasPadam
  3. PN menang tanpa tanding. Atok oh Atok diam sahaja kah?
    Kenapa diam? Ke dah jadi bodoh. Tua Kutuk. Tunggu nak mampus aje.
    Kalau mampus, baik mampus waktu Covid ni. Tak perlu solat jenazahkan. Nabi karang solat jenazahkan orang Munafik yang melaga-lagakan orang Islam.

    BalasPadam
  4. MP2 P unah H arapan meneruskan KENCING HANCING mereka...Sebelum ini mereka menyalak ada cukup Nombor2 Ekor/kepala UTK mandat rakyat.Mereka spt Berok KENA Belacan utk memaksa Sidang parlimen 2 minggu tanpa alasan covid 19 pun .Malah mereka meratib kerajaan skrg pengecut berhadapan dgn keGILAAAN mereka...akhirnya ALLAH tunjukkan mereka semua hilang TELUR dn tertunduk Kemaluan jua. Jelas MUNAFIK dan FASIK mereka...Betul ARIFF MULUK.

    BalasPadam
  5. Punah HARAPAN...sebelum ni ada dengar cadangan RAFIZI RAMLI / FUZIAH SALLEH dan ARIFF MULUK dicalonkan DUN CINI.

    BalasPadam
  6. Rakyat Malaysia dah bosen dgn kencing PH.. PH letak lah calon yg hebat pasti bungkus punya.. BN letak tunggul kayu pasti menang besar.. Bukan riak.. Ini realiti hati rakyat selama ini di kencing oleh PH... RAKYAT Boleh beza kan pemerintahan PH dan PN sekarang ini..

    BalasPadam
  7. Patut ph tanding mandat rakyat dan demokerasi

    BalasPadam
  8. melayu DAP @ DAP yang banyak kerusi parlimen ada BERANI??Sila letak calon,begitu dgn PanKHIANAT...Khalid samad mat sabu salahudin pun layak...MEREKA dgn angkuh jelaskan kekalahan d tjg piai dn kimanis bukan kayu ukur rakyat tolak P akatan H ANCING akhirnya P unah H ARPAN.

    BalasPadam
  9. Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Kencing rakyat hingga hancing dari dulu, kini dan .... ! Porrahhh !!

    BalasPadam
  10. Dah jadi pembangkang pun masih kuat buat u turn. Dah dua kali Fuziah Salleh ni buat u turn. Pelakon handalan potong ayam Lynas ni dahulu gila babi kutuk Lynas, tapi bila dah berkuasa sokong Lynas pula. Sekarang ni kata akan tanding PRK Chini, lepas tu buat u turn lagi tak jadi.

    Tak hairan kalau esok dia tukar cerita lagi. Macam ni ke jadi pemimpin? Lebih baik kata tak tahu daripada keluarkan kenyataan u turn tau! Apa punya manusia.

    BalasPadam
  11. Patut PH tanding chini zon hijau
    Demokerasi dan mandat rakyat
    Banyak isu

    BalasPadam
  12. Terjemahan

    (26)Katakanlah: "Katakanlah, Ya Allah, pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghina siapa yang Engkau mahu. Di tanganMu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya, Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja. "
    (27)Engkau mengganti siang dengan malam dan menggantikan malam dengan siang. Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang kaku (mati) dan Engkau menerbitkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu." Suraj Ali Imran ayat 26 & 27

    BalasPadam
  13. Calon PH di Chini ialah ARIFF MULUK

    BalasPadam