Ahli Parlimen Bukit Gantang serah borang sertai PPBM
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang menyertai PPBM kepada Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin hari ini.
“Ya, beliau menyerahkan borang masuk PPBM pagi tadi,” kata wakil PPBM yang turut hadir ketika penyerahan borang itu, kepada FMT.
Hadir sama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Redzuan Md Yusof.
Keputusan Syed Abu Hussin menyertai PPBM memperkukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Akhir Februari lalu ketika krisis politik tercetus yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Abu Hussin menafikan dirinya menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan PH.
Beliau sebaliknya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Bukit
Gantang atas tiket BN, menewaskan calon PH dan PAS sebelum mengumumkan
dirinya menjadi wakil rakyat bebas pada Jun 2018.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Terimakasih kpd yg menyokong DS Muhyiddin. Moga Perikatan Nasional terus tetap memerentah Malaysia dibawah naunhan Rahmat Allah swt.
BalasPadam