Header Ads

ads header

Flash News

Ketegasan sekat jualan arak amat disokong


KUALA LUMPUR:
PAS menyokong cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak.

Ia disusuli pula dengan pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras dibekukan berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak sehingga satu mekanisma kawalan dapat dilakukan bagi mengelak kemalangan disebabkan pemandu mabuk.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan akan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan oleh pihaknya.

“Dengan kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” kata Annuar menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata melihat kenyataan itu satu ketegasan kerajaan dalam menangani isu pemandu mabuk.

Apatah lagi kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam di negara ini semakin hari semakin meningkat.

Kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, mutakhir ini kawalan terhadap minuman keras sangat longgar sehinggakan ia dijual di kedai-kedai biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.

“Walaupun ada peraturan dan larangan kepada remaja di bawah 18 tahun dan juga larangan kepada umat Islam. Namun, ia langsung tidak dikuatkuasakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, langkah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu amatlah wajar dan perlu disokong penuh.

Sementara itu, beliau turut memberi cadangan supaya kerajaan mengukuhkan lagi pendidikan moral kepada masyarakat.

Malahan katanya hukuman dan tindakan yang perlu diambil untuk mengawal dan mengesan peminum dengan lebih komprehensif.

“Beberapa langkah pendidikan moral kepada masyarakat perlu ditingkatkan. Bahkan hukuman kepada pemandu mabuk, kedai yang menjual kepada remaja dan orang Islam perlu disemak semula, agar benar-benar menggerunkan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 3/6/2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Please pertimbangkan untuk tidak membenarkan penjualan arak kat kedai serbaguna mcm 7E.

    BalasPadam
  2. Hanya puak kaki botol dan puak pro-arak seperti barua-barua DA-Pigs yang famous menyokong festival arak terbuka menentang ketegasan kerajaan menyekat jualan arak kerana puak-puak ini berjuang membela hak kebebasan memandu sambil mabuk dan melanggar umat Islam sesuka hati.

    BalasPadam
  3. Jgn menyekat dan menyusahkan ape yg menjadi hak mereka. Mereka boleh minum arak. Cuma kita kene kaji macamane nak elakkan mereka yg mabuk dari memandu dan melanggar orang ramai. Kenakan hukuman berat. Kalau macam tu tak salahlah kalau ada negara yg menghalang perempuan Islam menutup aurat sbb kita yg Islam ni pun sama zalim macam mereka.

    BalasPadam
  4. Kat dalam ni ada juga pejuang arak menggunakan bahasa yang halus.Oh ya, mana PAN?Dah empat hari kerajaan PN umum nak bertindak terhadap arak dan DAP mula sondol.PAN kunci mulut,nak jaga hati DAP

    BalasPadam
  5. Lawan dgn hujah kalau nak komen.. kalau disertakan nas dan dalil lagi baik.. baru tak nampak serba jahil..

    BalasPadam