Header Ads

ads header

Flash News

Agong lantik Ali Rustam sebagai YDP Negeri Melaka dengan gelaran ‘Tun’


KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-7 kepada Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.

Pelantikan bekas ketua menteri Melaka itu berkuat kuasa hari ini sehingga tempoh 4 tahun bagi menggantikan Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan hari ini.

Selepas istiadat pengurniaan watikah, Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.

Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ab Rauf Yusoh.

Mohd Ali, 70, yang merupakan anak jati Bukit Katil, pernah berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. ADA nanti berkata TIDAK KEABSAHAN YDP bukan pintu belakang mgkin pintu terbang pula.

    BalasPadam