Header II

Header ADS

Sekali lagi Shahbudin Husin buat penulisan bodoh


Terbaca tulisan Shahbudin Husin Selepas Muhyiddin Dikuarantin, Siapa Pangku Tugas Pm Dan Siapa Sampaikan Perutusan Hari Raya Malam Esok?

Sekali lagi si Shahbuddin membuat analisis penulisan yang sangat cetek. Dia menulis pasal Seksyen 15(1) Akta 342 seperti di bawah tetapi dia sendiri tak faham tentang Akta Pencegahan dan Pegawalan Penyakit Berjangkit 1998 itu.

Lewat petang tadi, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan Muhyiddin Yassin kini dikuarantin selama 14 hari berikutan mesyuarat pasca kabinet yang dipengerusikannya semalam turut dihadiri oleh seorang pegawai yang disahkan positif Covid-18.

Namun demikian, Muhyiddin yang telah menjalani saringan kemudiannya disahkan negatif Covid-19.

Tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini yang dijalani oleh Perdana Menteri adalah sebagai mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342).

Shahbuddin menulis lagi
Adakah Azmin Ali, Menteri Kanan yang dianggap paling kanan akan diberi tugas menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri?

Atau empat menteri kanan sedia ada akan berkongsi mengambil alih tugas Perdana Menteri?

Namun demikian, Muhyiddin sebelum ini ada menyebut bahawa Azmin Ali, salah seorang Menteri Kanan yang dilantiknya akan mempengerusikan mesyuarat kabinet sepanjang ketiadaannya.

Ini bermakna, hampir pasti mesyuarat kabinet pada minggu depan akan dipengerusikan oleh Azmin.

Tetapi, bagaimana dengan perutusan Hari Raya Aldil Fitri Perdana Menteri yang biasanya dibuat secara langsung pada malam esok?

Adakah Azmin juga akan menggantikan Muhyiddin?

Auwww….apa reaksi UMNO agaknya jika itu berlaku?
Sebelum Shahbuddin merapu dengan mesyuarat kabinet dan perutusan Aidil Fitri esok baik lah engkau faham dulu apa yang engkau nak tulis.

Engkau sepatutnya lihat bagaimana Mahathir di kuarantin 14 hari sebelum ini sebagai contoh, Kan itu pemimpin edola engkau.

Tujuan kuaranti adalah untuk mengurangkan kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain. Yang dikuanranti terkurung di rumah. Tak boleh keluar. Tak boleh jumpa orang. Tak boleh berhubung dengan orang terutamanya sebagai PM sudah pasti kawalan ini baik untuk sekatan merebaknya covid walaupun Muhyiddin disahkan negatif. Ini dipanggil langkah berjaga-jaga.

Sebagai PM dia boleh dijumpai atas urusan penting dengan penjagaan penjarakkan dan mengikut prosedur SOP. Kerana mengikut SOP dalam mesyuaratlah walaupun ada kontaks positif bersamanya Muhyiddin terselamat. Makna mesyuarat PM selama ini adalah betul-betul mengikut SOP.

Hai Shahbuddin sekarang meeting boleh guna online, boleh guna zoom atau google meet atau apa sahaja. VC misalnya itu pun engkau nak buat ragu-ragu dengan kedudukan Azmin. Kerja engkau nak menghasut sahaja. Biarlah rakyat tenang, jangan kacau dengan politik murahan PH.

Wahai Shahbuddin kenapa engkau bodoh sangat pasal perutusan Aidil Fitri esok? Engkau ingat perutusan Aidil Fitri itu dibuat live makna live betul-betul ke? Entah-entah bulan lepas dah siap perutusan itu dirakamkan. Engkau tahu tak RTM dll berita kalau ada pembesar sakit nak mati dia orang dah ready dah semua berita untuk kematian. Pasal itu bila mati aje kita dapat banyak maklumat tentang sejarah hidup pembesar berkenaan, kita hairan cepat dia dapat... engkau ingat mereka buat kerja menulis macam engkau merapu tak tentu pasal tak tahu apa isu dan fakta!

Nasir Ramlee

MR :  Dia menulis cari makan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Aduhai rasa macam bodoh sangat2 dengan tulisan Din nih.
    Tadak modal sangat ke Din,kau nak mengampu geng atuk?
    Takyah membdohkan semalaysia la din.

    BalasPadam
  2. muntah dengan sengaja..BATAL PUASA. MACAM nak MUNTAH baca komen budin.jika dtg dari tun anwar khalid samad lge lks dn sekutunya budin angkat terus.

    BalasPadam
  3. otak letak dekat lutut ,hari,,hari nak menjilat

    BalasPadam
  4. Ya tak ya juga..saya setuju dengan pencerahan saudara Nasir.. Jika menulis biarlah nampak cerdik sikit dan bukan macam budak budak, perkara remeh temeh macam tu tak payah tulis sebab tiada memberi apa apa faedah kepada rakyat

    BalasPadam
  5. Sibuk kata org menulis cari makan..
    Ini bukan saja cari makan.
    Tapi cari nahas.
    Subahat dgn orang fasiq@khianat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sibuk kata subahat dgn orang fasiq@khianat..yang tukang komen ini juga adik beradik atau kaum kerabat din penjilat dogpig ..subahat dengan puak kafir, munafik dan penipu rakyat ...sentiasa meneka dalam kesamaran dan memuja kebathilan serta enggan menerima kebenaran ibarat lalat yang menghurung tahi yang busuk. Puak puak penulis lalat inilah spesis yang diumpamakan pemakan bangkai mayat kerana menyebarkan berita fitnah

      Padam
  6. Manusia ini terlalu pandai dan tak boleh di ajar...
    Ini lah manusia..yang betul hanya dia sahaja

    BalasPadam
  7. Paling bahaya dalam Malaysia ni bukan DAP tapi Melayu yang menjadi talibarut mereka. Melayu yang ada roh kafir pengkhianat bangsa dan agama.

    BalasPadam
  8. Teringat Mahfuz Omar. Orang yang baik alim warak, tapi sebab nak mengampu sangat Tun M, terus jadi orang tukang kipas. Sampai sekarang orang dah tak hormat lagi.
    Hidup ni janganlah mengampu. Buruk.

    BalasPadam
  9. Habis pkp ni elok lah kau daftar mana2 sekolah yg bleh terima dan ajar kau berkaitan dgn penulisan hal ehwal semasa ada satu petua klu nak menulis jgan bangun tidur turus menulis nanti kau tulis apa yg kau mimpikan masa lena.din din din hidup jgan jadi belaci

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.