Header II

Header ADS

Cermin sisi kereta diketuk punca mengamuk (bersama video)

KUALA LUMPUR: Cermin sisi kereta diketuk menjadi punca seorang pemandu pacuan empat roda mengamuk dan merempuh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata ia selepas suspek yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

"Dalam kejadian pada jam 6.35 petang, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta suspek.

"Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Arsad berkata, pihaknya menerima lima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan insiden itu.

"Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana dilanggar kereta suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, polis dilaporkan menahan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu.



MR :  Membahayakan orang ramai, tak payah bicara simpan terus 14 hari


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Percubaan utk membunuh..

    BalasPadam
  2. Hukuman bunuh terhadap pemabuk yg memandu. Tolonglah.

    BalasPadam
  3. Bodoh punye org....
    Sumbat masok 14 tahun
    Menyusahkan
    Mcm otak lembu
    X layak hidop bermasyarakat
    Otak udang
    Bongok

    BalasPadam
  4. Wahai rakyat ..ini lah bangsa yang bermasalah d dalam malaysia dulu dan akhir2 ini..jgn biar kan undi menjadikan bangsa ini pemimpin d masa depan..buruk akhlaknya..
    Cuba check keahlian penyokong mana si pemabuk berlakon mabuk nie..

    Minta undang2 mahkahmah bg hukuman berat pada pesalah ini.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.