Header Ads

ads header

Flash News

Sama ada kita sedar atau terlepas pandang. Mereka juga manusia spt mana kita....


Di kedai runcit berdekatan rumah td, sudah kelihatan pekerja2 indonesia, bangladesh membawa duit2 siling utk berbelanja. Barangkali masing2 sudah pecahkan tabung utk membeli barang2 keperluan harian.

Mereka jauh dr keluarga, saudara mara dan kenalan. Apatah lg dr pemerintah mereka. Lantaran itu mereka tidak nikmati bantuan atau terlepas perhatian.

Kata mereka, tiada kerja, tiada wang. Bos-bos bilang, projek tak jalan, gaji kami tiada utk ini bulan. Apa lagi kami mahu makan kalau cuti ini semakin panjang. Rungut mereka..

Rata-rata kita lihat, mereka ini akur dan patuh dgn PKP. Kadang2 mereka lebih berdisiplin drp warganegara kita sendiri.

Sama ada kita sedar atau terlepas pandang. Mereka juga manusia spt mana kita. ada perut yg sering mengadu lapar. Ada keluarga utk disara. ada tanggungan jauh menanti dikirimkan wang. Mereka juga punyai rasa disebalik kesempitan. kenal erti susah dan payah

Dlm pada #kitaJAGAkita, semoga kita tetap memandang org2 spt mereka. Benar rakyat kita sendiri masih ramai memerlukan, ttp jgn lupa ehsan itu mesti hadir bersama prikemanusiaan. Krn kemanusiaan itu tidak pernah mengenal sempadan

Mari sama2 kita bantu...

FB
MyZaidy Yusoff


MR :  Bantu mana yang kita mampu..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Peringatan yang baik dan mantap untuk semua manusia.

    BalasPadam
  2. pandanglah ke jiran-jiran kita dahulu..
    bantulah walaupun berlainan agama atau Negara.

    BalasPadam