Header Ads

ads header

Flash News

Presiden Filipina arah polis, tentera tembak pengingkar kuarantin


Ketika angka kematian akibat Covid semakin menghampiri 100 orang, pemimpin Filipina mengeluarkan amaran keras buat penduduk negara itu hari ini.

Menurut presidennya, Rodrigo Duterte, sesiapa yang ingkar terhadap arahan pihak berkuasa atau menyusahkan kakitangan kesihatan, mereka boleh ditembak.

Katanya perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan.

“Keadaan semakin buruk. Sekali lagi saya maklumkan kepada kamu betapa seriusnya masalah ini dan kamu mesti dengar.

“Arahan saya kepada polis dan tentera... kalau ada masalah - dan sesekali mereka akan melawan balik dan nyawa anggota keselamatan dalam bahaya - tembak mereka sampai mati.

"Adakah kamu faham? Mati. Daripada menyusahkan, biar saya tanam kamu," katanya seperti dipetik Reuters hari ini.

Dia bercakap demikian dalam ucapan ke seluruh negara lewat malam tadi.



Duterte memang dikenali sebagai pemimpin yang keras dan sebelum ini sudah selalu dipertikaikan kerana pendetakannya menangani isu pengedaran darah.

Covid-19 sudah membunuh 96 orang manakala 2,311 kes positif direkodkan di seluruh Filipina sejak tiga minggu lalu. Kadar jangkitan yang dilaporkan setiap hari pula mencecah ratusan orang.

Menurut Duterte, penting untuk semua orang bekerjasama dan mematuhi perintah kuarantin yang dikuatkuasakan kerajaan.

Terdahulu media melaporkan sejumlah penduduk di kawasan setinggan di Manila mengadakan bantahan kerana tidak mendapat bantuan makanan yang mencukupi daripada kerajaan.

Beberapa kejadian kekecohan juga dilaporkan.

Petugas kesihatan Filipina juga berdepan dengan penderaan fizikal dan diskriminasi - hal yang ditegaskan oleh Duterte mesti dihentikan.


MR :  NGO pro PH berkata jangan kasari mereka, mereka bukan pejenayah... NGO geng PH pun ngok juga!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan