Header Ads

ads header

Flash News

Polis cekup 62 warga Myanmar disyaki berpesta Songkran


Polis menahan 62 lelaki Myanmar selepas disyaki terlibat dengan penganjuran pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja kilang di Sepang hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mereka ditahan dalam serbuan pada kira-kira 2 petang hasil siasatan dan kerjasama pengurusan kilang.

Beliau berkata dua daripada suspek yang ditahan mengaku merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit dan menyebarkannya di Facebook.

“Ada yang telah mengaku menghadiri upacara itu dan tangkapan susulan masih dijalankan bagi mengesan saspek lain yang terlibat.

"Dua telefon bimbit yang digunakan suspek turut dirampas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Semalam, sebuah klip video berdurasi lebih 30 minit tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air, atau lebih dikenali sebagai Songkran, dan menurut maklumat pada rakaman itu, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan ketika negara berusaha membendung penularan wabak Covid-19.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan