Header Ads

ads header

Flash News

PH buat boleh, PN tak boleh, kamu belajar daripada mana?


KETIKA PN buang ketua-ketua GLC, dan lain-lain perkhidmatan yang ada kaitan dengan kerajaan, bukan main lagi ultra kiasu hebohkan satu dunia.

Tidak cukup pemimpin-pemimpin lelaki ultra kiasu bangun memberontak, hak perempuan pun sama naik. Ultra kiasu ini kata, PN buang mereka yang berkualitilah, buang wanita berkualitilah dan macam-macam alasan lagi.

Masa PH ultra kiasu memerintah, kamu buang semua lantikan BN ketika itu. Bukan itu sahaja, dalam manifesto, kamu kata lagi, orang politik tidak boleh dilantik ketuai GLC-GLC dan badan berkaitan kerajaan yang lain. Tetapi kamu letak juga orang politik. Saya boleh senaraikan satu persatu jika mahu.

Tindakan ini, begitu jelas sama sekali bertentangan dengan manifesto atau janji yang kamu sendiri buat dengan rakyat dalam PRU14.

Kenapa membisu seribu bahasa? Kenapa tidak bantah? ABIM pun diam masa tu, tak cakap apa. Kenapa hari ini bukan main lagi lagaknya. Terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu.

Apa kamu ingat, lantikan PN sekarang ini bodoh-bodoh belaka, PH sahaja yang pandai. Apa kamu ingat, PH sahaja yang ada pakar ekonomi. Dalam PN tiada yang pakar? Kamu guna teori apa?

Berbanding dengan menteri kewangan hari ini dengan menteri kewangan ultra kiasu dahulu, sudah tentu menteri kewangan hari ini jauh lebih baik. Bukan sahaja beliau pakar, malah tidak pandai menipu dalam soal pentauliahan dalam bidang akauntan.

Jika masa kamu (PH) memerintah, kamu bersikap profesional, ada lantikan BN yang kamu kekalkan, baharulah kita boleh hormat. Ini semua kamu buang.

Tidak perlu saya bawa contoh GLC yang hangat diperkatakan sekarang, cukup dengan saya contoh terpencil seperti badan berkanun. Misalnya, Universiti Awam.

Saya ulang sekali lagi contoh yang saya bawa minggu lepas, bagaimana Naib Canselor, UMT dimalukan. Belum habis kontrak, dalam cuti sakit pula tu, kamu hantar surat tiga bulan sebelum kontrak tamat, suruh dia berhenti. Ini tidak celaka ker namanya.

Sebab itu, jangan mengata dulang paku serpih. Kata kat orang, sendiri yang lebih. Sebab itu janganlah nak tagih simpati menggunakan ‘crocodile tears’. Cukup-cukuplah lakonan kamu.

Biasalah perkara macam ini berlaku. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Jadi, tidak perlu bising-bising, terimalah seadanya.

Lagipun Menteri di JPM sudah berterus terang, semua Ahli Parlimen PN akan dilantik mengetuai GLC sebab mereka layak. Sudah tentu berterus terang sebegini lebih baik daripada menipu setelah berjanji (manifesto).

Ditakdirkan kamu ultra kiasu memerintah semula, pasti kamu akan buat perkara sama seperti kamu buat sebelum ini. Mungkin lebih teruk daripada itu lagi. Jadi, jangan bawak perangai hodoh itu lagi, jika kamu tidak kamu orang buat pada kamu.

Paling saya takut pada zaman ultra kiasu, GLC-GLC berkaitan dengan pelabuhan, yang ada kaitan dengan lautan dan eksport import, semua ultra kiasu sapu.

Tidak mustahil tatkala mereka menjaga pelabuhan, berlaku perniagaan dadah seperti yang pernah dirampas oleh pihak berkuasa, semenjak dua menjak ini.

Buktinya, apabila ada sebahagiannya ditangkap, rupanya ahli perniagaan ultra kiasu. Berniaga dadah rupanya.

Patutlah ahli perniagaan mereka kaya raya, boleh taja parti politik ultra kiasu ini. Rupanya ada kaitan dengan dadah.

Yang menjadi mangsa dadah adalah anak-anak Melayu. Apa ini ada kaitan agenda untuk merosakkan bangsa Melayu dengan menggunakan dadah, seperti kejayaan British menewaskan China melalui candu dalam Perang Candu, suatu masa dahulu.

Nasib baiklah, ultra kiasu tidak memerintah lagi. Ahli-ahli politik ultra kiasu tidak lagi mengetuai GLC-GLC.

Cadangan saya kepada semua ultra kiasu ini, terimalah hakikat bahawa kamu pembangkang hari ini. Maka jadilah pembangkang yang membina, bukan meruntuh.

Kalau dahulu kamu mungkin sibuk, sekarang, setelah jadi pembangkang, tidak lagi memegang jawatan, masa kamu banyak. Nasihat saya, elok luangkan masa dengan rakyat. Selami dan santuni hati budi mereka ketika wabak COVID19.

Jika akan yang berada terdesak, maka ringankanlah. Jika ada yang berada dalam kesempitan, lapangkanlah.

Pada masa sama saya merayu kepada kerajaan hari ini supaya memantau pergerakan pegawai perubatan dan NGO perubatan yang terlalu berpolitik, seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Apakah NGO yang sepatutnya kita percayai benar-benar berpegang kepada etika perubatan atau turut sama berpolitik.

Saya mula bimbang apabila pegawai perubatan baru-baru ini, yang saya sebut minggu lalu, mula menonjolkan belang beliau yang sebenar.

Salah seorang daripada ahli mereka yang berbangsa Melayu, ada beritahu kami, sama ada benar atau tidak, saya beritahu dahulu. Mohon disiasat sama persatuan ini benar-benar profesional atau telah menjadi ultra kiasu,

Katanya, beliau pernah terlibat dengan Society of Medical Students MMA dan beliau antara yang terpilih untuk mewakili MMA ke General Assembly of International Federation of Medical Students iaitu satu persidangan Perwakilan pelajar perubatan seluruh dunia yang diiktiraf WHO.

Apa yang mengejutkan, menurut beliau adalah dalam delegasi tersebut, hanya beliau seorang orang Melayu daripada 10 orang pada tahun lalu.

Memang jarang dalam kalangan orang Melayu dipilih untuk menyertai persidangan tersebut yang bersidang 2 kali setahun.

Persidangan ini katanya penting kerana membawa aspirasi pelajar perubatan Malaysia ke pentas antarabangsa.

Katanya lagi, pada tahun lepas 2019, Ketua Delegasi (berbangsa Cina), memberi sokongan terhadap liberation towards PRIDE (gerakan LGBT dunia). Ini menyebabkan beliau marah dan akhirnya menarik balik sokongan ketika ‘plenary’ di persidangan tersebut.

Saya harap kerajaan boleh siasat apakah dakwaan ini benar atau tidak? Memandangkan sifat ultra kiasu persatuan ini, tidak mustahil apa yang dihantar oleh ahli mereka kepada kami ini ternyata benar. Jika ada berlaku penganiayaan tersebut, sudah sampai masanya pendaftaran persatuan ini dikaji semula.

Seperti kawan saya kata, siapa tidak kenal majoriti ahli-ahli MMA yang terlibat dengan gerakan kesetaraan gender dan simpati ke atas LGBT adalah dari pihak swasta yang telah menerima latihan perubatan kerajaan.

Malahan sebahagian golongan ini lari ke sektor swasta kesihatan kerana gaji yang lebih lumayan bukan kerana ingin berkhidmat kembali.

Ada diantaranya lebih utama material dan bukan soal kebajikan rakyat. Apatah lagi nyawa rakyat. Duit yang dikejar untuk profesion perubatan. Setelah madu latihan biasiswa perubatan kerajaan dapat, dibuangnya soal matlamat khidmat kembali kepada kesejahteraan kesihatan rakyat.

Benar sekali apa yang rakan saya cakap ini, walaupun bukan semua.

Akhirnya, terimalah pantun balas saya sebagai menyambut pantun bahasa Inggeris doktor pakar kanak-kanak yang dipetik oleh rakan saya, Dr Kamarul.

COVID-19 makin pelik
PKP diteruskan duduk di rumah
Doktor-doktor janganlah berpolitik
Buatlah kerja dengan amanah
Ketika dilanda penyakit kronik
rawatlah pesakit dengan tenang
Jika doktor nak berpolitik
PRU15 masuklah gelanggang
Masuk gelanggang barulah jantan
Bukan cakap tak serupa bikin
Jangan jadi pakatan harapan
Manifesto lain, buat lain

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah



MR :  PH kan pembangkang dia orang bangkang semua.. prinsip mereka "bangkang walaupun betul" berbeza dengan PN slogan "yang baik diteruskan, yang tak baik dibaiki"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Proff..
    Cuma semak lantikan ahli politik dalam glc adalah melibatkan syarikat yg berkaitan dgn kerajaan.
    Seperti peladang , lkim dll.

    Tapi dalam sektor perniagaan lain tidak.
    Kerajaan ph melantik orang yg ada rekod dalam bidang yg dilantik.

    Kalau proff nak jilat pun biarlah bertempat.

    Jangan calarkan kebijakkan@gelaran yg ada dgn ulasan yg bodoh.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Prof
    Ulasan yang bagus bagi mereka yang masih sihat otaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Otak Dia sehat pasti faham Cucu Tok dewi.kalau tak sehat Sila
      rehat kat tg rambutan.

      Padam