Header Ads

ads header

Flash News

Petugas kesihatan positif Covid-19 di hospital swasta, Noor Hisham beritahu pengkritik


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Supaya pengurusan pihak hospital swasta boleh tingkatkan keselamatan d hospital masing-masing,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan seorang doktor hospital swasta yang mendakwa kementerian itu gagal menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.

Beliau juga berkata kematian 2 petugas kesihatan tidak ada kaitan dengan pendedahan kepada pesakit Covid19 di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Noor Hisham berkata 80% daripada petugas barisan hadapan mendapat jangkitan wabak itu di luar kawasan hospital, ketika mereka menghadiri majlis seperti perkahwinan dan kemudiannya menyebarkan virus kepada rakan-rakan mereka.

Dalam beberapa kes, katanya, petugas barisan hadapan dijangkiti selepas pesakit gagal mendedahkan mereka mempunyai kontak rapat dengan mereka yang disahkan positif Covid-19.

Terdahulu, Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara mengkritik KKM dengan mengatakan kementerian itu gagal melindungi petugas barisan hadapan.

Katanya, petugas kesihatan berisiko terkena virus akibat ketiadaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang mencukupi.

Musa juga menggesa Noor Hisham dan pegawainya turun padang dan melawat hospital-hospital yang terjejas.

“Adakah anda sedang menunggu doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kami untuk mati daripada Covid-19 sebelum anda diserang?”

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata tidak ada masalah bekalan PPE yang tidak mencukupi di fasiliti kesihatan setakat ini.

Jelasnya, banyak pihak yang sudi menyumbangkan PPE kepada kementerian termasuk indistri fesyen, jabatan penjara malah kakitangan hospital yang bertungkus lumus menjahit sendiri alatan PPE mereka.

“Kami mempunyai bekalan yang mencukupi. Hanya pada minggu lepas terdapat masalah agihan ke negeri-negeri lain.

“Ia adalah isu logistik. Tetapi ia telah diselesaikan. Jadi tidak ada masalah dengan stok.”

Beliau juga berkata petugas barisan hadapan telah disaring untuk virus itu secara berkala.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Apa nak diharap dari seorang doktor (Dr. Musa) pemuja DAP-PH. Bercakap tanpa fakta, biasa lah, mulut celupar.

    BalasPadam
  2. Dr.Musa bercakap begitu sebab dia masih setia dengan tuannya DAP.Maka kena terjah KKM,sebagai satu-satu modal musim ni untuk menggambarkan PN tidak pandai merintah.Dedak oh dedak

    BalasPadam
  3. zaman sekarang ni ramai sgt doctor cap ayam.
    tak apa la.. dah sijil zaman sekarang senang dibeli.

    p/s; teringat iklan lama - jangan melintas seperti seekor ayam

    BalasPadam
  4. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah berkhidmat dengan cemerlang dalam usaha mengawal dan membasmi wabak covid-19 dan KKM lebih berjaya dalam usaha murni ini Dari negara-negara lain.

    Malangnya seorang doktor kangkung swasta pemuja parti kafir harbi DA-Pigs seolah-olah cuba sabotaj usaha murni ini.

    BalasPadam
  5. Paediatrician Musa Nordin ni aku kenal sejak kat UK dahulu memang dia tu macai PH. Nama aje aje paediatrician tapi nak lawan Surgeon Noor Hisham yang lebih definite dan lebih pragmatic.

    BalasPadam
  6. Muslim Professional Forum ni adalah pentas nak tunjuk siapa jaguh. Buang masa aje. Nama aje Professional tapi pandang rendah kat Ulama' dan kakitangan lain. Jadi bertahun tahun doktor kat UK, kerja dengan NHS tapi prinsip fairness and openness sikit pun tak dipraktikkan.
    Maszlee Malik, Ahmad Farouk Musa, Musa Nordin ni semua aku kenal masa UK dahulu. Dengan orang Islam tunjuk hebat, tapi dengan orang kafir alahai, pijak semut pun tak mati.

    BalasPadam