Header Ads

ads header

Flash News

Menteri muda Sarawak positif Covid-19


Menteri Muda Pengangkutan Dr Jerip Susil kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu dimasukkan ke hospital malam semalam.

“Memang sah. Saya sekarang di HUS dan telah dikuarantin sejak malam tadi sehingga 14 hari,” katanya.

Jerip menjelaskan bahawa dia dijangkiti selepas mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada kluster gereja Good News Fellowship Conference Church.

Tambahnya, salah seorang pekerjanya berkontak rapat dengan pesakit positif dari kluster terbabit lalu terkesan kepadanya.

The Borneo Post
turut melaporkan bahawa timbalan ketua menteri Sarawak Douglas Uggah Embas kini diarahkan untuk kuarantin diri sendiri setelah didapati berkontak rapat dengan Jerip melalui mesyuarat tersebut.

Pegawai akhbar kepada pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak itu, Edward Subeng turut mengesahkan bahawa beliau dan Unggah diarahkan kuarantin diri selama 14 hari.

Portal atas talian tersebut juga melaporkan bahawa ahli jawatankuasa pengurusan bencana negeri lain yang menghadiri mesyuarat bersama Jerip turut mendapat notis kuarantin diri.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan