Header Ads

ads header

Flash News

Harapan baharu, plasma darah pesakit pulih selamatkan mangsa Covid-19


Dr Jeffery Henderson, Profesor Perubatan dan Mikrobiologi Molekul di Washington Universiti Perubatan di Saint Louis, Amerika Syarikat mengaku teknik transfusi plasma darah berjaya digunakan sewaktu pandemik selesema 1918.

Pandemik ketika itu disebut sebagai ibu segala pandemik meragut sekitar 50 juta nyawa 1918-1919.

Rawatan terapi imun ini mempunyai reputasi yang tinggi dalam dunia perubatan.

Dikatakan filem The Flu dari Korea Selatan turut mengambil inspirasi teknik terapi imun ini.

Di China, kaedah rawatan plasma darah adalah antara yang giat diusahakan pakar perubatan sebagai penawar Covid-19.

Di Malaysia sendiri, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa pesakit wabak koronavirus yang sembuh menyumbang plasma darah mereka bagi tujuan penyelidikan dan sains.

Kini, pakar perubatan dunia masih menjalankan ujian terhadap keberkesanan kaedah plasma darah dalam mengubati pesakit Covid-19.

Proses transfusi plasma darah memerlukan pengambilan plasma darah daripada pesakit yang pulih yang memiliki imun atau antibodi yang tinggi, kerana apabila plasma darah penderma diberikan kepada pesakit lain, ia diharap mampu membunuh virus di dalam badan pesakit itu.

Plasma darah berperanan mengangkut nutrien, hormon dan protein di dalam darah ke seluruh badan, jadi ia mampu menjadi elemen penting membantu mempercepat penyembuhan pesakit Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan New York Blood Center Enterprises, Dr Bruce Sachais, menerusi pemindahan plasma daripada individu yang sihat kepada mereka yang kritikal, antibodi yang ada membantu pesakit berkenaan melawan jangkitan dengan lebih efisyen buat sementara.

Memetik times.com, beliau mengaku tindakan ini membolehkan proses penyembuhan pesakit berkenaan lebih cepat.

Di Amerika Syarikat, US Food and Drug Administration (FDA) pada 24 Mac 2020 membenarkan doktor menggunakan plasma daripada pesakit yang sembuh untuk merawat mereka yang kritikal jangkitan Covid-19 di bawah sistem kelulusan kecemasan.


MR :  Semoga Allah pertemukan jalan penyelesaian..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan