Header Ads

ads header

Flash News

Guru sukar laksana pembelajaran secara ‘online’ ketika PKP


PETALING JAYA: Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar, pembelajaran secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti menjadi cabaran kepada guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berlaku krisis disebabkan pandemik Covid-19.

Di sekolah kerajaan sahaja, kira-kira 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bercuti selama sebulan disebabkan lanjutan PKP sehingga 14 April yang pada asalnya tamat pada 31 Mac.

Kementerian Pendidikan baru-baru ini menyediakan garis panduan untuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar untuk menjalankan pembelajaran atas talian kepada pelajar semasa PKP, terutama melalui portal pembelajarannya.

Platform itu menyediakan pautan kepada alat komunikasi seperti Google Classroom dan Microsoft Team untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Walaupun kementerian tidak dapat menyediakan data berapa ramai guru atau pelajar menggunakan portal ini, temubual dengan beberapa guru menunjukkan akses internet masih menjadi halangan terbesar dalam melaksanakan pembelajaran atas talian.

“Tidak semua pelajar mempunyai WiFi atau tablet di rumah – terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah – jadi kami tidak dapat memantau semua pelajar,” kata Agatha Wong, yang mengajar subjek Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6 di SK Convent Ipoh.

Wong berkata, guru menggunakan WhatsApp dan “menggunakan apa sahaja kaedah yang kami boleh” untuk berkomunikasi dengan murid mereka dan menghantar maklumat untuk disemak, tetapi sesetengah pelajar tidak mempunyai telefon pintar dan ibu bapa mereka “terlalu sibuk dengan kerja” untuk mengambil bahagian dalam kumpulan WhatsApp.

“Saya harap PKP ini akan berakhir tidak lama lagi dan kita boleh meneruskan pengajaran di bilik darjah, yang lebih menguja dan menyeronokkan,” kata Wong.

Theresa Wong Kooi Choon, yang mengajar Malaysian University English Test (MUET) Tingkatan 6 di SMJK Nan Hwa di Sitiawan, Perak, juga berkata beliau menerima maklum balas yang kurang menggalakkan daripada pelajar.

“Sambutan daripada pelajar tidak begitu menggalakkan kerana sesetengah pelajar tidak menjawab atau membalas.

“Sesetengah pelajar tidak mempunyai akses internet penuh, yang menjadi masalah. Tidak banyak yang dapat dilakukan di pihak saya kecuali cuba dan mengekalkan hubungan dengan mereka sebanyak mungkin melalui kumpulan perbualan Telegram,” tambahnya.

Kamalakannan Letchmanan, guru sekolah rendah di SK Puchong Jaya 2 di Selangor berkata hanya 2/3 daripada pelajarnya mengikuti pelajaran atas talian.

“Murid menghantar gambar kerja sekolah mereka melalui WhatsApp, dan terdapat juga pilihan membuat kerja sekolah mereka melalui Google Classroom di mana mereka boleh memuat turun dokumen, lengkapkan dan kemudian memuat naiknya semula ke platform,” katanya.

“Bagaimanapun, 1/3 daripada murid tidak melakukan tugas yang diberi kerana kesilapan teknikal seperti masalah penyiaran dan isu-isu bunyi,” katanya, sambil menambah kekurangan akses internet dan data merupakan isu lain yang dihadapi dalam melaksanakan pembelajaran atas talian.

Walaupun guru diberikan kelonggaran untuk memilih kaedah pengajaran mereka semasa PKP, halangan Kementerian Pendidikan adalah menghantar dan menerima bahan pengajaran yang dicetak.

Di Sabah, di mana akses internet di kawasan luar bandar menjadi isu selama bertahun-tahun, Pengarah Pendidikan negeri Mistrine Radin memberitahu FMT bahawa mereka bekerjasama dengan mempromosikan aplikasi pesanan mesej.

Mistrine menggesa ibu bapa yang tidak mempunyai telefon pintar atau akses internet memastikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sebelum cuti penggal lalu siap dan diserahkan selepas tamat PKP.

“Bagi ibu bapa atau pelajar yang mempunyai telefon pintar dan dapat membeli data, saya galakkan mereka mendaftarkan nombor telefon mereka di kumpulan WhatsApp atau Telegram.

“Ini akan membolehkan anak-anak mereka mendapatkan bahan pembelajaran harian dari guru mereka, dan ibu bapa dapat menghantar jawapan anak-anak mereka kepada kumpulan itu, jadi ini dapat diperiksa dengan segera,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan