Header Ads

ads header

Flash News

Belum reda isu TikTok, kain rentang tertera nama menteri pula jadi bualan


KUALA LUMPUR, 10 April ― Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad dikecam selepas namanya terpampang besar pada sebuah kain rentang yang dicetak bersempena pemberian sumbangan makanan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Sumbangan dipercayai diberikan kepada pelajar yang tidak pulang ke rumah masing-masing susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Kalangan warga maya berpendapat tindakan mempamerkan nama pada kain rentang adalah tidak wajar kerana ia sememangnya tugas Noraini untuk membantu para pelajar IPT.

Terdahulu, Noraini memuat naik fotonya memegang kain rentang tersebut bersama beberapa individu lain di laman sosial Twitter.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Noraini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memberikan sumbangan selain berharap agar keadaan negara kembali pulih seperti sedia kala.

Semalam, Noraini turut menerima kecaman ramai selepas menganjurkan cabaran TikTok di media sosial sebagai salah satu kempen mengajak orang ramai terutama para remaja untuk kekal di rumah.

Rata-rata menganggap tindakan Noraini tidak bersesuai dengan keadaan negara yang ketika ini berdepan ancaman wabak Covid-19.

Bagaimanapun, semakan ProjekMM mendapati hantaran Noraini di media sosial itu telah pun dipadam.



MR :  Tolonglah Menteri PN fokus kerja dengan  baik, jangan jadi macam PH... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. elok jugak menteri buat mcm tu supaya nanti xda yg ckp menteri x buat kerja dan x bantu.... yg x eloknya masa jadi kerajaan x bantu tp bila dah jadi pembangkang tiba2 jadi pemurah plk
    .

    BalasPadam
  2. biarlah ...janji ada bantuan drpd sembang kari aje tak abis2 mcm pakatan hancing

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Berhentilah daripada self glorification ni. Buat sesuatu biarlah ikhlas kerana Allah bukan kerana nama atau pangkat. Minta PM ambil tindakan terhadap Menteri yang hanya tahu promosi diri. Stoplah encik! Jangan lupa juga, Zuraida Kamaruddin tu yang promosi diri kononnya berada di barisan hadapan pakai PPE yg sepatutnya dikhaskan kpd petugas kesihatan pun patut dibuang cepat. Orang bencilah. Semakin simpan semakin marak kebencian orang terhadap PN.
    Ingatlah kita orang Islam. Kita berbakti hanya kerana Allah. Mati kita, hidup kita, pengorbanan kita hanya untuk Allah. Itu kan Doa Iftitah?! Apa guna kita solat, pakai tudung, pergi haji umrah kalau tidak tahu apakah erti ikhlas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kadang tu rakyat nk tahu org kerajaan yg diamanahkan buat kerja atau duduk saja..

      Padam
    2. Dalam sirah nabi ada menyebut Abu Bakar menderma seluruh hartanya hingga ia menyebut yang tinggal hanyalah Allah dan Rasul, Umar menderma separuh hartanya..bagaimana orang tahu jika tak diberitahu dan kenapa pula Rasulullah beritahu,soal ikhlas terpulanglah kepada niat seseorang kepada Allah. Bukanlah bermakna bila seseorang itu buat secara sembunyi itu bererti ikhlas kerana adakalanya boleh timbul rasa ujud. Sembunyi atau terbuka bukanlah satu standard mengukur keikhlasan niat seseorang kerana tiada sebarang alat yang boleh mengukurnya

      Padam
  5. Tiada masaalah untuk hebahkan kerja kerja menteri kerana bila tak dihebahkan maka pembangkang pula akan bekerja hebahkan menteri tidak buat kerja. Saya tak nampak itu satu kesalahan dari sudut moral,undang undang atau ianya haram dan berdosa dalam agama Islam sendiri

    BalasPadam