Header Ads

ads header

Flash News

208 kes baru, 5 kematian


Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 208 kes Covid-19 baru setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini ialah 3,116 kes.

Seramai lima lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kini mencapai angka 50.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 105, lebih tiga berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, berbanding 64 semalam.

Berikut merupakan lima kes kematian terbaru:

Pesakit 2,909 (kematian ke-46)

Lelaki warga Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 malam, 31 Mac.

Pesakit 2,910 (kematian ke-47)


Lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.10 malam, 29 Mac 2020.

Pesakit 2,572 (kematian ke-48)

Lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.01 pagi, 2 April.

Pesakit 1,273 (kematian ke-49)

Lelaki warga Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-2,107).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.36 malam, 1 April.

Pesakit 1,767 (kematian ke-50)

Lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.20 petang, 2 April.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 122 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini. Ia merupakan jumlah sembuh paling tinggi dalam sehari setakat ini.

Ia menjadikan jumlah kes sembuh kepada 767 kes, atau 24.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.








Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan