Header Ads

ads header

Flash News

Tun Mahathir kuarantin diri di rumah kerana ada kontak dengan pesakit Covid-19


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.

Menurut jurucakapnya, Dr. Mahathir kini sedang dikuarantin di rumahnya.

Memetik temu bual bersama sebuah program berita stesen televisyen swasta, Dr. Mahathir berkata, langkah mengasingkan diri atau kuarantin amat penting bagi menangani penyebaran COVID-19.

"Kita mesti melakukan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari. Jika kita berbuat demikian, kita mengurangkan kemungkinan virus itu akan tersebar kepada orang lain," kata Dr Mahathir.

 
Tambahnya, beliau mengikuti langkah yang disaran kerajaan termasuk tidak bertemu sesiapa.
"Jadi, sekarang saya berada di rumah sahaja. Saya tidak boleh keluar dan saya tidak dapat bertemu dengan orang lain, saya tidak boleh berjabat tangan, dan yang lain," kata Dr Mahathir.

Beliau pada masa sama mengakui, ia tidaklah sukar umtuk mengikuti semua langkah terbabit.
Dr. Mahathir dipercayai mengambil gambar dengan  Dr Kelvin Yii, yang kini berada di bawah kuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Dr Yii disahkan positif COVID-19 pada 17 Mac, selepas berkontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu, yang disahkan positif virus tersebut pada 2 Mac lalu.


MR :  Aman Malaysia. Kalau seorang lagi dikuarantin si Anwar tu lagi bagus


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Semoga tun dr mahathir sihat dan tidak dijangkiti covids19, lagi panjang umur dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah swt.

    BalasPadam