Header Ads

ads header

Flash News

Sulaiman Md Ali sah KM Melaka


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai ketua Menteri Melaka yang baharu.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini petang ini.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sulaiman, 55, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah adalah anak kelahiran Jalan Bangsal Rebah, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri pada 2014-2018.

Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, beliau juga memiliki kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Munira M Yusop, beliau dikurniakan tiga cahaya mata.



MR :  Melaka bebas lagi drp jajahan bangsa asing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. SAYA BANGGA ADUN LENDU SULAIMAN MOHD ALI JADI MENTERI BESAR MELAKA.. LATAR BELAKANG PROFESSIONAL SARJANA PENGURUSAN DARI UNITED KINGDOM..SEMOGA BERJAYA

    BalasPadam