Header Ads

ads header

Flash News

'Saya bukan pengkhianat' - Muhyiddin



KUALA LUMPUR: ‘Saya bukanlah pengkhianat’. Itu tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada tuduhan yang melabel beliau sebagai pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, berkata keberadaan beliau sebagai pemimpin tertinggi kerajaan adalah untuk menyelamatkan negara daripada terus dilanda kemelut.

Katanya, beliau menerima menjadi calon Perdana Menteri dan disokong sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan sebelum kemelut politik melanda.

"Dengan sokongan itu, saya telah terima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri. Saya tahu ada yang marah dengan saya dan ada gelar saya sebagai pengkhianat.

"Saya bukanlah pengkhianat, naluri saya jelas, keberadaan saya di sini adalah untuk selamatkan negara," katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan