Header Ads

ads header

Flash News

Polis panggil penganjur perhimpunan haram bantah Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram yang diadakan di depan pusat membeli-belah di ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata penganjur melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis pemakluman kepada pihak polis.

“Polis telah kenal pasti penganjur dan akan panggil mereka untuk beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Merdeka hari ini.

Perhimpunan selama 2 jam bermula 6 petang itu dihadiri kira-kira 40 individu yang membantah pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8.

Peserta perhimpunan kemudian dilihat berarak dari pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka.

Tinjauan Bernama mendapati kehadiran peserta perhimpunan mengganggu orang awam yang beriadah di Dataran Merdeka serta menimbulkan kemarahan pemuzik jalanan yang membuat persembahan.

Mengulas perkara itu, Fahmi berkata kehadiran peserta perhimpunan dilihat sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam.

“Pendapatan penghibur jalanan juga terjejas kerana jarak persembahan penghibur jalanan dan peserta perhimpunan dekat, timbul konflik antara mereka.

“Penganjur akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal menyerahkan notis untuk berkumpul,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Anjing-anjing gila meroyan histeria dan menyalak apabila disuruh oleh tuan-tuan mereka yang rakus dan gila kuasa. Anjing dan tuan anjing telah menghina dan menolak prinsip demokrasi dan mandat rakyat dengan menfitnah, memburuk-burukkan dan menolak kerajaan baru Pakatan Nasional.

    Anjing-anjing dan tuan mereka berpura-pura lupa bahawa rakyat telah memberi mandat kepada MP-MP Pakatan Nasional untuk membentuk kerajaan baru.

    Kita ucapkan syabas dan tahniah syabas kepada kerajaan Pakatan Nasional untuk menyelamatkan negara dan rakyat dari kerakusan Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi DA-Pigs.

    BalasPadam
  2. Lepas ni boleh tengok org ph kembali meghoyan guling2 atas jalan seperti kebiasaan yg mereka lakukan waktu pembangkang dahulu...

    BalasPadam