Header Ads

ads header

Flash News

PKR dah mula mengganas


Tian kena serang, Afif digelar pengkhianat

Keadaan kecoh terus berlaku di depan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. Kali ini naib presiden parti itu, Tian Chua, diserang beberapa penyokong parti. Dia ditampar oleh pengikut Anwar.



Kejadian berlaku ketika dia diiringi dari pintu bangunan ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Dia kemudian dikelilingi kira-kira 30 orang itu.

Ketika berada di pintu kereta Tian kelihatan sangat berang dan keadaan tegang di antara dia dan seorang penyokong.

Seseorang yang tidak dapat dikenali kemudian membaling botol plastik ke arahnya.

Ketika beberapa orang pengiring Tian cuba menenangkan orang ramai, seorang lelaki memukul belakang kepala bekas ahli parlimen Batu itu.

Seorang lelaki lain mula menghentak-hentak bumbung kereta.

Tian kemudian dibawa masuk ke kereta dan beredar dari situ.

Dr Afif Bahardin diserang

Sekumpulan ahli dan penyokong PKR menyerang Exco Pulau Pinang PKR, Dr Afif Bahardin, dan pengikutnya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Afif - yang diketahui bersekutu dengan Azmin Ali - diserang ketika dia keluar dari bangunan berkenaan.

Pada masa sama pimpinan pusat PKR sedang mengadakan pertemuan di situ.

Sebaik sahaja mereka keluar dari pintu masuk ke bangunan itu, kira-kira 20 penyokong PKR mula melaungkan "pengkhianat".

Turut menjadi sasaran kemarahan mereka ialah kenderaan dipercayai dinaiki Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Bagaimanapun Afif dan Amirudin sehingga kini kekal sebagai anggota PKR.

Polis beri amaran jangan berhimpun petang ini
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohd Fahmi Visuvanthan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu kota lewat petang ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata tiada notis diberikan untuk mengadakan perhimpunan jam 6 petang itu, yang dianjurkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia.

"Justeru, orang ramai diberi amaran agar tidak berkumpul di hadapan Sogo pada petang ini untuk berdemonstrasi.

Beliau menambah polis akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia, keadaan politik semasa "tidak menguntungkan sesiapa, terutamanya rakyat Malaysia" terutamanya kerana ia bertentangan dengan mandat diberikan rakyat pada PRU-14.

"Oleh itu, selepas berunding dengan rakan-rakan pertubuhan masyarakat sivil, kami secara kolektif bersetuju untuk mengadakan demonstrasi."


MR :  Mereka ini (baca PH) yang merosakkan negara!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Rakyat yg bg mandat kt PH dulu tu dh menyesal ler...kalu bleh nk pru ari ni gak tau..tp PBBM dh kluor PH Alhamdulillah la...

    BalasPadam
  2. Dia ni ke yang buat gambo superimpose Najib dengan Analtunya?

    Kalau benar, biarkanlah proses DILAKNATI sedang berjalan!

    BalasPadam